Bingung tak ingat no MyKad, pemandu wanita rempuh 3 penuntut UiTM Dungun hingga maut layak dibicarakan


Pemandu wanita yang dituduh membunuh tiga penuntut UiTM Terengganu, Kampus Dungun boleh dibicarakan.

PEMANDU wanita yang dituduh membunuh tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Kampus Dungun boleh dibicarakan.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Majistret Dungun, Terengganu pada Selasa.

Memetik Harian Metro, Majistret Nur Amira Fatihah Osman menetapkan 20 Febuari depan sebagai tarikh pendakwaan semula terhadap tertuduh, Norizan Ismail, 50.

BACA LAGI: Mahkamah tolak permohonan CEO GISBH, isteri cabar penahanan bawah Akta Sosma

BACA LAGI: Persis filem, rumah mewah pesara mogul pengurusan sampah 'still standing' tak dijilat api kebakaran LA

Keputusan itu diambil selepas mahkamah menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman pada prosiding sebutan untuk laporan psikiatri tertuduh.

Dalam prosiding, Nor Azhani memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh layak dibicarakan berdasarkan laporan psikiatri yang diterima daripada hospital Permai Johor.

Nor Azhani kemudiannya memohon satu tarikh bagi mendakwa tertuduh dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Ketika prosiding itu juga, tertuduh yang diwakili peguam, Norhabibah Norulazhar kelihatan bingung serta tidak mengingati nombor kad pengenalannya sendiri sewaktu ditanya jurubahasa.

Pada 15 Oktober tahun lalu, Norizan didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dia didakwa menyebabkan kematian tiga penuntut UiTM Dungun iaitu Muhammad Akmal Md Tukirim, 25, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.

Berikutan itu, mahkamah memutuskan tertuduh dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani rawatan psikiatri.

Selain tiga pertuduhan itu, Norizan turut dituduh mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana cubaan membunuh hingga menyebabkan kecederaan ke atas seorang lagi penuntut UiTM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram