[VIDEO] Letupan kilang kimia di Klang: JAS siasat elemen cuai dan pelanggaran syarat lesen


  • 112
  • Selasa, 21 Jan 2025

Keadaan kerosakan akibat letupan di sebuah kilang kimia di kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah pada Isnin.

JABATAN Alam Sekitar (JAS) menyiasat elemen kecuaian dan pelanggaran syarat lesen berhubung kes letupan sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Kapar Bestari, Klang.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar memaklumkan bahawa pihaknya akan menunggu kebenaran pihak bomba sebelum memasuki lokasi tersebut.

"Siasatan akan menjurus isu kecuaian atau terdapat pelanggaran syarat lesen yang dikeluarkan oleh JAS," katanya pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Hampir 30 minit nyawa 'bergayut, pengunjung trauma 'roller coaster' tiba-tiba gagal berfungsi

BACA LAGI: Persis filem, rumah mewah pesara mogul pengurusan sampah 'still standing' tak dijilat api kebakaran LA

Dalam kejadian pada Ahad, sebuah lori tangki hancur akibat letupan di sebuah kilang kimia di lokasi terbabit, namun tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa.

Insiden itu turut menyebabkan kerosakan pada bangunan kilang berkenaan serta kilang berdekatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 4.45 petang Isnin.

Susulan itu, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan pengujian udara dan mendapati udara dalam keadaan normal dan bahan terlibat adalah jenis asid kitar semula. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram