[VIDEO] Hampir 30 minit nyawa 'bergayut, pengunjung trauma 'roller coaster' tiba-tiba gagal berfungsi


  • Benua
  • Sabtu, 18 Jan 2025

Penumpang trauma Roler Coaster di Pameran Numaish, Hyderabad, India tiba-tiba gagal berfungsi sekitar 30 minit.

KEGEMBIRAAN sekumpulan pengunjung bertukar mimpi ngeri apabila roller coaster yang dinaiki mengalami kerosakan mengejut di sebuah taman tema di Numaish, Hyderabad, India pada Khamis.

Rakaman video yang tersebar luas di media sosial merakam jeritan ketakutan pengunjung yang terperangkap, seolah-olah tidak percaya mereka tergantung begitu lama di udara.

Ada yang menggenggam erat tempat duduk, sementara yang lain cuba menenangkan diri walaupun wajah mereka jelas menggambarkan ketakutan melampau.

BACA LAGI: Persis filem, rumah mewah pesara mogul pengurusan sampah 'still standing' tak dijilat api kebakaran LA

BACA LAGI: ‘Ya ALLAH’, penduduk mengucap panjang lihat rider tak endahkan amaran maut dirempuh kereta api di Karawang

Insiden itu membuatkan penumpang tergantung dalam keadaan terbalik, seperti tergantung di hujung nyawa selama hampir 30 minit.

Menurut pegawai dari Persatuan Pameran itu, kerosakan itu berpunca daripada masalah bateri yang menyebabkan permainan itu terhenti secara tiba-tiba.

"Permainan ini rosak semasa ujian percubaan akibat bateri yang gagal berfungsi.

"Juruteknik segera mengganti bateri tersebut untuk menghidupkan semula permainan," katanya.

Setelah hampir setengah jam yang mencemaskan, juruteknik berjaya menghidupkan semula permainan dengan membawa penumpang kembali ke kedudukan asal dengan selamat.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, pengalaman itu pastinya meninggalkan trauma yang mendalam buat semua yang terlibat.

Insiden itu menjadi detik yang menyeramkan buat para penumpang dan mengingatkan semua pihak tentang betapa pentingnya keselamatan dalam permainan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram