SEORANG pemilik kedai runcit mengalami kerugian sebanyak RM1,220 selepas disamun sekumpulan lelaki bersenjata tajam di Payang Batu 7 dekat Lahad Datu, Sabah pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbahrin Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian samun itu daripada seorang wanita yang juga pemilik kedai runcit berkenaan.
"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di sebuah kedai runcit berhampiran simpang Payang, Batu 7, Lahad Datu.
BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan
BACA LAGI: [VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye
"Ketika kejadian, mangsa sedang mengira barangan yang dibeli oleh suspek, namun secara tiba-tiba suspek mengeluarkan sebilah parang dan meletakkan di leher mangsa.
"Suspek kemudian membuka laci meja dan mengambil sejumlah wang tunai berjumlah RM1,220 dan melarikan diri dengan menggunakan motosikal," katanya dalam kenyataan media pada Isnin.
Kejadian rompak di Sabah pic.twitter.com/HHhVPoY6KP
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 20, 2025
Tambah beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan bersenjata.
"Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang masih bebas dan meminta orang ramai yang mengetahui kejadian ini untuk memberikan maklumat.
"Maklumat boleh diberikan kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Iskandar Kiprawi di talian 089-881255 atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan," katanya.
Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang lelaki mengacukan mengacu pisau di leher seorang wanita sebelum membawa lari sejumlah wang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram