Tiada unsur jenayah, misteri mayat wanita Thailand ditemukan berlumuran darah dalam tandas pusat beli-belah di JB


  • 112
  • Isnin, 20 Jan 2025

Polis menggesa orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian penemuan mayat wanita Thailand di sebuah pusat beli-belah tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.. — Gambar hiasan

MAYAT seorang wanita dipercayai warga Thailand ditemukan berlumuran darah dalam tandas di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru, Johor pada Ahad.

Susulan kejadian itu, polis menggesa orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mayat berkenaan dipercayai ditemukan sekitar pukul 2.28 petang Ahad oleh orang awam.

BACA LAGI: [VIDEO] Kerjakan penunggang OKU rempuh gerai jualan Pasar Tani Padang Astaka, 3 lelaki dicekup polis Kemaman

BACA LAGI: [VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye

"Hasil siasatan polis setakat ini tidak menemukan sebarang unsur jenayah berkaitan dengan penemuan mayat tersebut.

"Identiti mangsa juga masih dalam siasatan dan mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau lagi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

"Orang awam juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Helmy Halim di talian 012-5759953 bagi membantu siasatan," katanya

Balveer Singh turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kes berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan teliti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram