Tiada kaitan kes pemerdangan manusia, pasangan kekasih hilang di Thailand selamat pulang ke tanah air


  • 112
  • Ahad, 19 Jan 2025

Yin Yin (kanan) dilaporkan melancong ke Bangkok, Thailand, bersama teman lelakinya, Beng Shong (kiri) pada awal September tahun lalu tanpa memaklumkan kepada keluarganya. 

PASANGAN kekasih yang dilaporkan hilang selepas melancong ke Thailand pada September tahun lalu kini telah selamat kembali ke Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, mengesahkan bahawa Goh Beng Shong, 21, dan Ng Yin Yin, 23, telah pulang ke kampung halaman mereka.

Jelas beliau lagi, kehilangan kedua-dua individu tersebut juga tidak mempunyai kaitan dengan kes pemerdagangan manusia.

BACA LAGI: [VIDEO] Kerjakan penunggang OKU rempuh gerai jualan Pasar Tani Padang Astaka, 3 lelaki dicekup polis Kemaman

BACA LAGI: [VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye

“Selepas pihak polis merekodkan keterangan mereka, kes ditutup, dan tiada siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya pada Sabtu.

Sementara itu, ibu kepada Beng Shong, Tan Lee Lie, memaklumkan bahawa anak lelakinya kini tinggal sementara di rumah teman wanitanya (Yin Yin).

“Anak saya biasanya seorang yang pendiam. Apabila saya bertanya tentang apa yang berlaku, dia hanya memaklumkan bahawa dia dan teman wanitanya telah ditahan oleh pihak polis tempatan semasa transit dari Thailand ke Jerman,” katanya.

Tambah Lee Lie lagi, walaupun anaknya tidak berkongsi butiran lanjut mengenai kehilangan mereka, namun perkara yang paling penting adalah mereka telah kembali dengan selamat.

Lee Lie turut memaklumkan Beng Shong berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang membantu sepanjang kehilangan anak saya,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Yin Yin dilaporkan melancong ke Bangkok, Thailand, bersama teman lelakinya, Beng Shong pada awal September tahun lalu tanpa memaklumkan kepada keluarganya.

Dia dilaporkan hilang selepas membawa pasport dan dokumen pengenalan dirinya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram