Empat hari hilang lepas keluar rumah bersendirian, warga emas dari Johor Bahru ditemukan lemas di Pulau Pangkor


  • 112
  • Khamis, 16 Jan 2025

Lelaki warga emas ditemukan lemas di persisiran Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor pada Rabu. — Facebook

SELEPAS empat hari dilaporkan hilang, seorang lelaki warga emas ditemukan lemas di persisiran Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor, Perak pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, mayat mangsa berusia 83 tahun itu ditemui lengkap berpakaian oleh orang awam sekitar pukul 11.24 pagi.

Hasbullah berkata, laporan polis berhubung kehilangan mangsa dibuat oleh ahli keluarga di Johor Bharu, Johor memaklumkan mangsa keluar dari rumah sendirian pada Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] Pensyarah USM jadi kebanggaan 'kaki motor', hasilkan inovasi tayar kalis pancit, tidak bocor

BACA LAGI: Berkat dorongan ibu bapa, anak sindrom Down tonjol potensi luar biasa bercucuk tanam, kraf dan main piano

“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan oleh pegawai Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Seri Manjung mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Hasbullah menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Balai Polis Pangkor di talian 056851222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222 dan WhatsApp 014-6828005. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram