Tengku Permaisuri Selangor berkenan lancar buku 'Telepuk, Forgotten Flowers of Gold'


  • Massa
  • Khamis, 16 Jan 2025

Tengku Permaisuri Selangor berkenan mencuba demonstrasi seni telepuk pada tapak pameran. — IG/Yayasan_Hasanah

TENGKU Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melancarkan buku Telepuk, Forgotten Flowers of Gold di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad dan Pengasas Pergerakan Langkasuka dan Penerbit Buku Telepuk, Abdul Razak Aziz.

Dalam pada itu, baginda turut berkenan melawat tapak pameran kelengkapan dan demonstrasi menghasilkan seni Telepuk.

BACA LAGI: [VIDEO] Terduduk lihat kafe baru diubah suai rosak, tauke pening rugi ribuan ringgit kedai dirempuh kapal tongkang di Kalimantan Timur

BACA LAGI: [VIDEO] Tak puas hati lori gagal lepasi kelulusan, pelanggan tampar staf Puspakom di JB

Penerbitan edisi pertama Telepuk, Forgotten Flowers of Gold dalam bahasa Inggeris itu bertujuan berkongsi sejarah mengenai teknik halus seni telepuk dan mempromosikan keunikan fabrik tradisional tersebut di seantero dunia.

Ini termasuk, memupuk minat seni halus dalam kalangan generasi muda yang berperanan mengekalkan warisan dan budaya dari semasa ke semasa.

Snapinst.app_473815450_18478752814031056_6228697590036151899_n_1080

Buku Telepuk, Forgotten Flowers of Gold berkongsi sejarah teknik halus seni telepuk. — IG/Rajatunudalibrary

Menurut Abdul Razak, pelancaran buku berkenaan adalah merupakan terjemahan daripada buku Telepuk, Bunga-Bunga Emas Yang Dilupai (Bahasa Malaysia), namun ditambah baik dengan beberapa perkara.

Telepuk merupakan satu bentuk seni yang menerapkan teknik menekap motif menggunakan cop ukiran kayu bergam pada kain tenun.

Kemudian, diikuti proses melekapkan kertas emas atau perada yang secara tidak langsung mencipta keunikan tersendiri.

Snapinst.app_473795218_18478752778031056_3454205188574510284_n_1080

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (dua dari kanan) berkenan melawat pameran seni telepuk sempena Majlis Pelancaran Buku Telepuk, Forgotten of Gold di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor. — IG/Rajatunudalibrary

Selain tanjak dan sampin, kain telepuk juga dijadikan selendang, kain ikat pinggang dan sapu tangan yang sering digayakan pada majlis rasmi di istana dan pakaian istiadat perkahwinan.

Pada acara sama, turut menyaksikan Abdul Razak, menzahirkan penghargaan kepada Tokoh Kraf Negara terkenal Allahyarham Norhaiza Noordin, yang banyak menyumbang pada pemuliharaan seni tekstil.

Norhaiza juga dikenali sebagai 'Abe Jah' meninggal dunia pada usia 61 tahun di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di Kota Bharu, Kelantan, 19 Disember lalu akibat masalah jantung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram