SINDIKET pengemis yang didalangi seorang lelaki Yaman berjaya ditumpaskan dalam serbuan di Klang, Selangor dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Beberapa kanak-kanak yang terpaksa melakukan kerja sebagai pengemis turut diselamatkan.
Operasi yang dipanggil sebagai kod 'Ops Pintas Khas' itu dijalankan oleh Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) Bukit Aman (Atipsom) Bukit Aman kira-kira pukul 10 malam Selasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Padah buka penutup serombong gas, pekerja kilang di China maut kena semburan kuat api
Beberapa kanak-kanak yang terpaksa melakukan kerja sebagai pengemis turut diselamatkan.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Asisten Komisioner Kanan Soffian Santong berkata, lapan warga Yaman iaitu enam lelaki dan dua orang wanita yang berumur antara 21 dan 30 tahun ditahan dalam operasi itu.
"Salah seorang lelaki yang ditahan adalah dalang sindiket itu. Kami percaya mereka sudah aktif sejak September tahun lepas.
"Mereka juga mengeksploitasi kanak-kanak untuk dijadikan pengemis," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
SAC Soffian berkata, polis turut menyelamatkan tujuh kanak-kanak berusia antara satu hingga 16 tahun.
"Sindiket itu akan menjalankan operasi mengemis secara berkumpulan dari pukul 6 petang hingga pukul 3 pagi.
"Mereka mengumpul antara RM2,500 dan RM3,000 setiap hari," katanya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram