‘Ya ALLAH’, penduduk mengucap panjang lihat rider tak endahkan amaran maut dirempuh kereta api di Karawang


  • Benua
  • Selasa, 14 Jan 2025

Lelaki berusia 49 tahun maut selepas dirempuh kereta api di persimpangan kereta api Jalan Tuparev, Desa Nagasari, Kecamatan Karawang Barat, Kabupaten Karawang

LELAKI berusia 49 tahun maut selepas dirempuh kereta api di persimpangan kereta api Jalan Tuparev, Desa Nagasari, Kecamatan Karawang Barat, Kabupaten Karawang, Indonesia.

Rakaman video kejadian yang berlaku pada 6 Jun 2022 itu kembali tular selepas dimuat naik di media sosial pada Selasa.

Dalam rakaman terbabit, kedengaran keteriakan penduduk yang seriau melihat kejadian itu berlaku.

"Ya ALLAH," kata seorang wanita menerusi rakaman terbabit.

Menurut Ketua Polis Kota Karawang, Komisioner Boy Hamonangan, pada awalnya, mangsa yang berasal dari Kampung Tegalsawah, Daerah Karawang Timur menunggang motosikal menuju ke lintasan kereta api dari arah Jalan Parahayangan (GOR Panathayuda).

BACA LAGI: Gulai belut dan stimbot keju jadi tumpuan, ini 5 port makan tawar menu enak wajib singgah di Kelantan

BACA LAGI: Dari krim kek ke cat kanvas, Satira Diana gabung jawi, pantun Melayu klasik hasilkan karya sarat mesej mendalam

"Semasa melintas, mangsa didapati melintasi pintu pagar persimpangan walaupun sedang ditutup.

"Beberapa penduduk setempat dan pengawal lintasan sempat berteriak bagi meminta mangsa berhenti kerana kereta api sedang melintas dari arah Jakarta menuju ke Bandung.

"Namun, mangsa tidak mengendahkan amaran tersebut dan meneruskan perjalanannya," katanya.

Boy berkata, tidak lama selepas itu, mangsa dilanggar oleh kereta api yang sedang melintas sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala dan tangan.

Boy mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Wilayah Karawang untuk tindakan lanjut.

Kejadian tersebut tular semula sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya agar mematuhi arahan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Tahun lalu sahaja, puluhan insiden pelanggaran kereta api dan kenderaan awam dilaporkan berlaku di Indonesia, mengorbankan banyak nyawa.

Insiden paling tragis berlaku pada 5 Januari tahun lalu melibatkan pertembungan dua tren dengan empat korban dicatatkan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram