SEORANG pekerja kilang maut selepas tubuh badannya meletup di dalam reaktor hidrogenasi di sebuah kilang farmaseutikal di bandar Taixing, Jiangsu, China.
Video kejadian yang berlaku pada 3 Mei 2019 itu kembali tular selepas dimuat naik di media sosial pada Isnin.
Pada awalnya, mangsa dikenali sebagai Wang Nan sedang menukar pemangkin yang berada di dalam reaktor.
BACA LAGI: [VIDEO] Pensyarah USM jadi kebanggaan 'kaki motor', hasilkan inovasi tayar kalis pancit, tidak bocor
Secara tiba-tiba, satu letupan berlaku dalam serombong reaktor yang menyebabkan letusan kuat hingga mangsa terpelanting ke udara akibat semburan berapi tersebut.
Terdahulu, kilang farmaseutikal itu menghentikan operasi untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Ketika operasi dihentikan, kerja-kerja pembersihan wap etanol dibuat sebanyak dua kali sebelum air paip dimasukkan ke dalam tempat penyelenggaraan.
Ketika itulah, mangsa masuk ke ruang reaktor untuk membuka penutup serombong bagi membolehkan udara keluar dan mencuci bahagian serombong, namun tindakannya menyebabkan letupan hasil daripada gas tercampur mudah meruap.
Akibat letupan kuat itu, tubuh badan mangsa terpelanting ke udara.
Walaupun pekerja lain segera menghubungi pihak kecemasan, namun nyawa Wang Nan tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mengulas lanjut, siasatan mendapati Wang Nan telah mengabaikan prosedur keselamatan yang sepatutnya.
Dia seharusnya menggunakan gas hidrogen untuk melindungi reaktor tetapi sebaliknya membuka pam vakum yang membenarkan udara luar masuk sehingga menyebabkan letupan tragis itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram