SARA disalurkan melalui MyKad mulai Selasa


  • Primer
  • Selasa, 14 Jan 2025

Penyaluran SARA dibuat bermula Selasa dengan menyaksikan penambahbaikan bantuan bersasar merangkumi sebahagian peningkatan peruntukan Belanjawan 2025. — Gambar hiasan

SUMBANGAN Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar seluruh negara bermula Rabu.

Kadar bantuan SARA itu ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.

"Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Bermula April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan," kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Rama-rama jadi identiti, anak seni kelahiran Perak realisasi impian masa kecil buka bisnes di Bukit Bintang

BACA LAGI: Sampai menteri pun terpikat, status lelaki bukan alasan anak jati Kota Bharu buka bisnes tudung

MOF berkata, mekanisme yang seragam itu adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menurutnya lagi, penambahbaikan SARA merangkumi sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap tertinggi dalam sejarah iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.

Selain daripada itu, 5.4 juta penerima STR turut akan menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.

Bilangan itu kata MOF, adalah terdiri daripada 700,000 penerima SARA sedia ada dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tidak berada dalam rekod eKasih.

"Bagi kategori isi rumah, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan.

"Untuk golongan warga emas tiada pasangan pula akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan," jelas MOF.

Di bawah program SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024.

Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram