Tuduhan disyaki berniat burukkan nama baik, KKM nafi pegawai tertinggi cetus kekecohan di Hospital Putrajaya


  • Primer
  • Isnin, 13 Jan 2025

KKM menafikan dakwaan bahawa salah seorang pegawai kanannya mencetuskan kekecohan baru-baru ini.

KEMENTERIAN Kesihatan menafikan dakwaan bahawa salah seorang pegawai kanannya mencetuskan kekecohan baru-baru ini kerana tidak diberikan rawatan VVIP di Hospital Putrajaya.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWP) berkata, naratif yang disampaikan itu dipercayai bertujuan untuk memburukkan nama baik dan menjatuhkan kredibiliti pegawai berkenaan.

"Merujuk kepada hantaran yang tular di aplikasi Telegram mengenai seorang pegawai tinggi KKM yang hadir untuk mendapatkan rawatan pada 4 Januari di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.

"Siasatan terperinci telah dijalankan dan mendapati bahawa individu berkenaan telah hadir ke jabatan berkenaan pada Jumaat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: [VIDEO] Pensyarah USM jadi kebanggaan 'kaki motor', hasilkan inovasi tayar kalis pancit, tidak bocor

BACA LAGI: Kemalangan jadi titik tolak budak JB ubah laluan hidup, kejayaan di UPM bawa nama ke Universiti Oxford

JKWP berkata, KKM menggalakkan mana-mana pihak untuk melaporkan sebarang maklum balas seperti aduan, penghargaan, pertanyaan serta cadangan berkenaan perkhidmatan KKM melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) https://moh.spab.gov.my/.

"Sistem SisPAA diuruskan secara bebas dan tidak bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau Jabatan Kesihatan Negeri dan akan menguruskan aduan yang diterima mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.

Sebelum ini, wujud akaun media sosial yang mendedahkan kekecewaan seorang pegawai perubatan kanan yang bertugas pada ketika itu berikutan kekecohan yang dilakukan pegawai tertinggi KKM.

Dakwa doktor berkenaan mendakwa, pegawai tertinggi KKM itu mahu berjumpa dengan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya tanpa mengikut prosedur.

Pegawai wanita itu kemudiannya turut didakwa membuat kecoh kerana tidak berpuas hati berikutan tidak dilayan sebagai VVIP sewaktu menerima rawatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram