GEMPA bumi berukuran 6.8 magnitud melanda barat daya Jepun pada Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memberi amaran mengenai gelombang tsunami setinggi sehingga satu meter selepas gempa berlaku di luar pesisir Miyazaki, wilayah Kyushu pada pukul 9.19 malam waktu tempatan.
USGS pada awalnya mencatatkan kekuatan gempa pada 6.9 magnitud sebelum mengubahnya kepada 6.8 magnitud sambil menegaskan berdasarkan penilaian awal 'tiada ancaman tsunami daripada gempa itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Murung dengar khabar suami mahu nikah lain, ibu tergamak cabut nyawa bayi sendiri di Lampung
BACA LAGI: Tiada kompromi bagi pegawai JPJ terbabit sindiket ‘stiker perlindungan’ lori — Anthony Loke
Pada masa sama, JMA tetap menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai.
“Tsunami mampu melanda berulang kali. Tolong jangan turun ke laut atau menghampiri kawasan pesisiran,” menurut agensi itu di X.
Sehingga kini, tahap kerosakan akibat gempa tersebut masih belum jelas. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram