Polis Thailand sahkan warga Malaysia terlibat bom meletup di balai polis di Pattani selamat


  • 112
  • Isnin, 13 Jan 2025

Sebahagian besar mangsa yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan seperti sakit dada dan telinga berdesing.

SEORANG lelaki warganegara Malaysia bersama sembilan anggota polis Thailand dan sukarelawan keselamatan cedera dalam satu letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani di Wilayah Pattani, Selatan Thailand, pada Isnin.

Polis berkata, letupan itu berlaku pukul 8.20 pagi (waktu tempatan) berhampiran Taman Soi TK Park, sebelah balai polis Muang.

Menurut pihak berkuasa, bom itu diletupkan menggunakan peranti masa yang dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran balai polis.

BACA LAGI: Jakim sahkan 'Ham and Cheese Sandwich' tiada sijil halal

BACA LAGI: Tiada kompromi bagi pegawai JPJ terbabit sindiket ‘stiker perlindungan’ lori — Anthony Loke

Rakyat Malaysia yang cedera dikenali sebagai Erfan Ezzamie Erwannizam itu mengalami sakit dada, berkemungkinan berpunca daripada impak letupan. Namun, mangsa tiada luka luaran.

Sebahagian besar mangsa yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan seperti sakit dada dan telinga berdesing.

Bagaimanapun, tiga sukarelawan pertahanan yang dikenali sebagai Bunferng Malming, Panuwat Mairaksa, dan Jehto Mana mengalami luka akibat terkena serpihan.

Pasukan pemusnah bom dihantar ke lokasi kejadian susulan letupan tersebut.

Polis menutup kawasan itu dan menyekat liputan telefon bimbit kerana bimbang kumpulan pemisah meletakkan bom kedua untuk menyerang hendap anggota-anggota pasukan keselamatan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram