[VIDEO] Murung dengar khabar suami mahu nikah lain, ibu tergamak cabut nyawa bayi sendiri di Lampung


  • Benua
  • Isnin, 13 Jan 2025

Selepas memeriksa dapur rumah mereka, anak keduanya terkejut apabila melihat adik bongsunya terbaring dalam keadaan menyayat hati.

SEORANG ibu sanggup membunuh anak kandungnya yang masih berusia enam bulan di rumahnya di Desa Way Areng, Kecamatan Mataram Baru, Kabupaten Lampung Timur, Lampung, Indonesia pada Sabtu.

Menurut laporan, kejadian yang berlaku sekitar pukul 4 pagi itu disedari oleh anak kedua mangsa yang terdengar bunyi tangisan dari arah dapur rumah mereka.

Selepas memeriksa, dia terkejut apabila melihat adik bongsunya terbaring dalam keadaan menyayat hati, manakala ibunya pula dilihat sedang memegang sebilah parang.

BACA LAGI: Tiada kompromi bagi pegawai JPJ terbabit sindiket ‘stiker perlindungan’ lori — Anthony Loke

BACA LAGI: Polis Thailand sahkan warga Malaysia terlibat bom meletup di balai polis di Pattani selamat

Melihat keadaan itu, tanpa membuang masa dia terus membawa adiknya ke rumah saudara berdekatan.

Meskipun berjaya membawa adik bongsunya ke pusat rawatan berhampiran namun mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala itu tidak dapat diselamatkan.

Selepas kembali semula ke rumah, dilaporkan ibunya cuba mengakhiri hayatnya dengan meminum racun semut sehingga mulutnya berbuih.

Pada masa sama, si ibu turut dilaporkan mencederakan pergelangan tangannya.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Lampung, Pesuruhjaya Polis Umi Fadillah Astutik berkata, motif pelaku nekad melakukan tindakannya itu kerana mengalami depresi selepas mengetahui suaminya ingin berkahwin lagi.

Semasa suaminya tiada, wanita tersebut menguruskan tiga anaknya seorang diri di rumah, sementara suaminya bekerja sebagai pemandu trak di daerah lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram