[VIDEO] Macam filem 'Mission Impossible' pemandu lori selisih maut, cekap kendali jentera elak treler terbakar depan mata


  • Benua
  • Khamis, 09 Jan 2025

Tangkap layar seorang pemandu lori mengendalikan jenteranya ketika berhadapan dengan sebuah kemalangan ngeri di Mexico baru-baru ini. — Agensi

TINDAKAN cekap seorang pemandu lori mengendalikan jenteranya ketika berhadapan dengan sebuah kemalangan ngeri di Mexico menerima pujian dalam kalangan warga maya baru-baru ini.

Manakan tidak, melalui video tular yang dimuat naik sejak Rabu itu memaparkan pemandu lori berkenaan melakukan tindakan luar biasa apabila memandu menembusi letusan api besar yang terhasil akibat kemalangan yang membabitkan dua treler yang berlaku betul-betul di hadapannya.

Rakaman yang diambil oleh kamera keselamatan di dalam kenderaan itu merakam detik tepat ketika lori tersebut merempuh api yang marak.

BACA LAGI: [VIDEO] Baru nak santai bawa motosikal, lelaki terkejut jumpa mayat ada kesan calar di Sungai Damansara

BACA LAGI: [VIDEO] Lebih seminggu bertarung nyawa, rider Brazil meninggal dunia langgar tiang elektrik ketika 'selfie'

Dalam kejadian yang kelihatan seperti adegan dari filem Mission Impossible, satu sudut rakaman menunjukkan pemandu tersebut dilihat bersedia menghadapi impak selepas letupan berlaku di atas jalan raya.

Sementara itu, memetik laporan media antarabangsa, kejadian itu berlaku di Lebuhraya Persekutuan Escarcega-Champoton dekat Campeche pada 3 Januari lalu.

Ketika kejadian, sebuah treler yang memotong lori tersebut bertembung dengan sebuah kenderaan di laluan bertentangan.

Letusan api meletus serta-merta apabila kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu tercampak ke dalam semak di tepi jalan.

Pemandu lori tersebut yang berada terlalu dekat dengan lokasi kemalangan terpaksa meneruskan perjalanan.

Dia berjaya mengemudi lorinya ke dalam semak di seberang jalan sebelum memanjat keluar melalui tingkap penumpang.

Lebih mengejutkan lagi, pemandu tersebut tidak mengalami kecederaan serius.

Pihak berkuasa negeri mengesahkan bahawa beberapa orang telah meninggal dunia akibat perlanggaran tersebut.

Pihak berkuasa persekutuan kini telah memulakan siasatan untuk menentukan punca kemalangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram