TIGA individu, termasuk pemandu dan penumpang bas persiaran, cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori di Kilometer (KM) 27, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, Johor pada Khamis.
Melalui perkongsian awal di media sosial bas tersebut melanggar bahagian belakang sebuah lori di lebuh raya berkenaan.
Kejadian berlaku sekitar pukul 6.30 pagi ketika kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari utara menuju ke Johor Bahru.
BACA LAGI : [VIDEO] Baru nak santai bawa motosikal, lelaki terkejut jumpa mayat ada kesan calar di Sungai Damansara
BACA LAGI : [VIDEO] Gara-gara kecuaian pemandu kren, bapa 4 anak maut dilibas kabel elektrik di Bukit Mertajam
Turut tular beberapa video dan gambar memaparkan insiden tersebut.
Menurut seorang pengguna WhatsApp, Ismail Isa, tiga mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tiga individu, termasuk pemandu dan penumpang bas persiaran, cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori di Kilometer (KM) 27, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, Johor pada Khamis. pic.twitter.com/Pjw1lLB9ZW
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 9, 2025
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor berkata, pemandu bas berusia 28 tahun dan seorang penumpang warga emas berumur 70 tahun mengalami kecederaan ringan.
"Pemandu lori, 34 tahun, turut cedera dalam insiden itu. Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
"Sementara itu, sebuah jentera bersama enam anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba II, Awang Ismail Awang Hanapi, dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan," katanya dalam satu kenyataan.
Punca kemalangan sedang disiasat pihak polis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram