SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam satu kemalangan tragis ketika cuba melarikan diri dari polis di Jalan Wang Kee, Hong Kong pada Rabu minggu lepas.
Kejadian yang berlaku berhampiran Bangunan Hongkong Post itu turut menjadi bualan dalam kalangan warga maya memandangkan insiden itu melibatkan seorang pegawai kastam dan didakwa punca kematian mangsa.
Memetik laporan media antarabangsa, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal sedang melarikan diri dari dikejar oleh pihak polis trafik.
BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja sawit meraung lihat rakan maut dihempap serombong besi lebih 1 tan di Sumatera Utara
Bersepaiiiiii pic.twitter.com/4adnNdYOvx
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 7, 2025
Dalam percubaan untuk menghentikan motosikal tersebut, seorang pegawai kastam yang sedang tidak bertugas telah berdiri di tengah jalan.
Dia kemudiannya cuba menahan mangsa, namun tindakan itu menyebabkan motosikal berkenaan merempuh pegawai tersebut sebelum penunggangnya terbabas dan melanggar tiang, mengakibatkan kecederaan parah yang meragut nyawanya.
Pegawai kastam itu mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Terdahulu, media Hong Kong melaporkan, pegawai kastam yang tidak didedahkan namanya itu sudah ditahan, namun dibebaskan dengan jaminan sementara pihak berkuasa meneruskan siasatan.
Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan sedang mengumpul bukti termasuk rakaman video dari lokasi kejadian.
Di bawah Ordinan Lalu Lintas Jalan Hong Kong, tindakan mengganggu kenderaan secara tidak sah boleh membawa kepada denda maksimum HK$5,000 (RM28772) dan hukuman penjara sehingga 12 bulan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram