Sudah terima notis pengosongan, penduduk setinggan di Jinjang mahu jumpa pihak berkuasa


  • Massa
  • Khamis, 09 Jan 2025

Penduduk setinggan di Jinjang mengadakan sesi sidang media bagi menyuarakan keluhan mereka.

PENDUDUK setinggan sekitar Jalan 11/32, Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur yang diberikan notis pengosongan dan perpindahan mahu mengadakan sesi perjumpaan dengan pihak berkuasa bagi mencari jalan penyelesaian bersama.

Ini selepas 60 buah rumah diberikan di Lot 53696 diberikan notis daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) untuk mengosongkan tanah milik kerajaan itu.

Berdasarkan surat yang diterima, masing-masing diberikan tempoh 30 hari untuk memindahkan struktur binaan haram atau berdepan tindakan di bawah Seksyen 425(1) dan 425(2) Kanun Tanah Negara yang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga tahun atau kedua-duanya.

BACA LAGI: DBKL peruntuk dana cecah RM2.8 bilion untuk bajet 2025

BACA LAGI: Ganggu ketenteraman awam, DBKL robohkan 'awning' haram di Bukit Bintang

Jemputan khas sidang akhbar tentang penduduk rumah setinggan adakan bantahan tidak puas hati terhadap Notis Perpindahan oleh JKPTG tanpa sebarang pampasan kediaman by Yee Poh Ping  (JAN 5 2024) — ART CHEN/The Star

Poh Ping menegaskan penduduk di Jinjang sudah menetap di situ sejak 60 tahun lalu.

Lebih daripada 30 penduduk di kawasan itu berkumpul bagi mengadakan sesi sidang media pada Ahad bagi mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan JKPTG untuk mendengar keluhan selepas menerima notis pengosongan.

Ini kerana mereka meminta pihak berkuasa memberikan unit perumahan di projek perumahan awam dengan aktivis sosial, Yee Poh Ping yang hadir berkata, kesemua penduduk setinggan perlu dipindahkan ke pangsapuri di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menurutnya, isu penduduk setinggan yang menetap di tanah milik Kerajaan Persekutuan sudah dibangkitkan sejak 25 tahun lalu ketika DBKL membangunkan pelbagai projek PPR di kawasan seperti Jinjang, Kepong, Kampung Batu, Batu Muda dan Pekan Kepong.

"Isu penduduk setinggan sudah dibangkitkan sejak pembinaan projek PPR di kawasan ini tetapi pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas untuk menyelesaikan masalah penetapan semula mereka.

"Mereka yang berada di Taman Jinjang Baru menetap di sini sejak lebih 60 tahun lalu, lebih lama berbanding DBKL. Dewan Bandaraya gagal memenuhi tanggungjawab untuk menjaga kebajikan penduduk Kuala Lumpur meskipun sudah memperkenalkan program Sifar Setinggan," katanya.

Penduduk 58 tahun yang enggan dikenali berkata, penduduk pernah membangunkan isu berkaitan JKPTG berhubung masalah tanah serta harapan untuk menerima kawasan perumahan.

Bagaimanapun, dia menegaskan pegawai dari jabatan tersebut mengatakan masalah terbabit berada di bawah bidang kuasa DBKL sementara pihak DBKL menyatakan hal sebaliknya, sekali gus menyebabkan isu terbabit tidak berulang. — The Star/MEGAT SYAHAR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram