Elak kekurangan air Empangan Air Itam, PBAPP teruskan pelaksanaan Aidap


  • Massa
  • Selasa, 07 Jan 2025

Empangan Air Itam kini mempunyai kapasiti yang mencukupi yang direkodkan pada 76.7 peratus.

PERBADANAN Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan meneruskan pelaksanaan Pelan Tindakan Empangan Air Itam (Aidap) tahun ini bagi mengelak kekurangan air di Air Itam, Bandar Baru Air Itam (Farlim) dan kawasan sekitarnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk K. Pathmanathan berkata, sebab utama pelaksanaan Aidap adalah untuk meningkatkan kapasiti Empangan Air Itam.

Empangan yang telah beroperasi sejak 1963 itu mempunyai kapasiti penyimpanan maksimum sebanyak 2,159 juta liter (JL).

BACA LAGI: Jalan Cameron Highlands terjejas akibat tanah runtuh dibuka semula

BACA LAGI: Pengasas FashionValet disoal siasat SPRM masuk hari ke-6

The water capacity at the Air Itam dam was 28.8%. (August 14, 2024) —ZHAFARAN NASIB/The Star

Kapasiti air di empangan Air Itam menunjukkan angka 28.8 peratus setakat Ogos tahun lepas.

Ia jauh lebih kecil daripada kapasiti penyimpanan maksimum Empangan Teluk Bahang (18,240 JL) dan Empangan Mengkuang (86,400 JL).

“Empangan Air Itam kini mempunyai kapasiti yang mencukupi yang direkodkan pada 76.7 peratus. Bagaimanapun, tanpa hujan atau intervensi kejuruteraan, bekalan air dijangka berkurangan dengan cepat tahun ini.

“Walaupun laporan cuaca antarabangsa tidak meramalkan satu lagi fenomena El Nino panas dan kering tahun ini, adalah lebih baik untuk bertindak berhati-hati bagi mengelak potensi kekurangan air," katanya.

Justeru, perbadanan itu akan terus melaksanakan tiga protokol Aidap utama tahun ini.

Protokol tersebut termasuk mengehadkan pelepasan air dari Empangan Air Itam sebanyak 22 juta liter sehari (JLH) dan mengepam sehingga 33 JLH air terawat dari loji rawatan air (LRA) Sungai Dua di Seberang Perai ke kawasan Empangan Air Itam.

Tambah beliau, PBAPP juga akan mengoptimumkan pengeluaran air terawat di LRA Air Itam berdasarkan ketersediaan air mentah daripada dua sumber air tambahan.

Menurutnya lagi, tahun lepas, kejayaan pelaksanaan ketiga-tiga protokol itu berjaya menangani masalah bekalan air di Air Itam dan Farlim walaupun cuaca panas dan kering berpanjangan ekoran fenomena El Nino.

Sementara itu, Pathmanathan berkata, situasi di kawasan perkhidmatan Empangan Teluk Bahang juga kurang memberangsangkan, dengan kapasiti empangan dicatatkan pada 61.7 peratus.

Bagaimanapun, Empangan Teluk Bahang jauh lebih besar, dan kapasiti yang mencukupi ialah 18,240 juta liter, atau 844.8 peratus lebih daripada 2,159 juta liter Empangan Air Itam.

“Walaupun PBAPP mungkin melaksanakan Aidap untuk menyokong Empangan Air Itam, tetapi kami mungkin tidak mengepam air terawat dari Seberang Perai ke kawasan perkhidmatan Empangan Teluk Bahang,” jelasnya.

Pathmanathan juga berkata, data menunjukkan purata penggunaan air domestik di Pulau Pinang ialah 284 liter/kapita/hari (LKH) pada 2023, jauh lebih tinggi daripada purata kebangsaan iaitu 237 LKH dan Singapura melaporkan angka 141 LKH.

"Penggunaan domestik per kapita yang tinggi mempunyai implikasi, termasuk risiko krisis air yang lebih tinggi apabila pengguna menggunakan lebih banyak daripada apa yang boleh dibekalkan oleh empangan semasa musim kemarau," ujarnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram