LOKASI bersesuaian masih belum dikenal pasti kerajaan negeri Selangor untuk membangunkan kompleks sukan permotoran yang pernah dicadangkan kira-kira enam tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri, Mohd Najwan Halimi berkata, beberapa kawasan sudah dipantau, namun semua dianggap tidak bersesuaian.