TIMBALAN Pengerusi Rukun Tetangga Presint Putrajaya 18R8, Kamal Hairon meminta Perbadanan Putrajaya (PPj) menaik taraf infrastruktur di kawasan pejabat kerajaan, terutamanya bagi pelawat.
Ini termasuk kawasan meletakkan kenderaan terhad serta kemudahan lif yang kerap mengalami kerosakan dan perlu diselanggar secara berkala sekiranya mahu memudahkan orang ramai.
"Tiada tempat memarkir kereta di kebanyakan bangunan sekitar kawasan ini sehingga mendesak penduduk untuk meletakkan kenderaan di tepi jalan. Ini akan menimbulkan gangguan trafik kerana jalan di sini sememangnya sempit.
BACA LAGI: Mi tonggek sotong berulat, PPj perjelas tindakan terhadap peniaga
BACA LAGI: PPj promosikan perabot komposit plastik kayu mesra alam
Tindakan meletakkan kenderaan di bahu jalan menyebabkan gangguan lalu lintas.
"Sebahagian lif di kawasan penduduk sedang dalam proses baik pulih. Bagaimanapun, kerja-kerja membaiki tidak akan bermakna andai tiada proses penyelenggaraan berkala dilakukan," katanya.
Jelas Kamal lagi, kemudahan lain seperti taman permainan kanak-kanak serta kawasan beriadah sudah semakin uzur dengan ia perlu digantikan sekiranya mahu mengelak risiko terhadap pengguna.
Selain itu, terdapat juga aduan daripada penduduk berpendapatan rendah (B40) mengatakan bil elektrik dan air serta cukai taksiran sudah meningkat sehingga membebankan orang ramai.
Presiden Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Putrajaya bagi sub zon 3, Zarina Ismail turut mendesak PPj untuk membuat pemantauan berkala terhadap jumlah binatang liar yang berkeliaran di bandar tersebut.
"Haiwan seperti lembu, biawak dan babi hutan memasuki kawasan penduduk. Meskipun gagak dan merpati bukanlah isu besar di sini, najis daripadanya akan mencemarkan alam sekitar, jadi ia perlu diuruskan," katanya.
Burung gagak antara binatang liar yang mengundang resah penduduk Putrajaya.
Jelasnya lagi, binatang liar tidak merosakkan harta benda atau mengundang kecederaan terhadap penduduk, namun kehadirannya membawa risiko dengan tindakan sesetengah pihak yang kerap memberi makanan menyebabkan haiwan berkenaan kembali meskipun selepas dihalau.
Selain itu, Zarina meminta inisiatif PPj untuk menggalakkan penyertaan komuniti bagi inisiatif rendah karbon perlu digiatkan kerana tempoh semakin singkat menjelang tarikh akhir yang ditetapkan.
"PPj sebelum ini bercadang untuk menjadikan Putrajaya sebagai bandar rendah karbon pada 2030 dengan lima tahun tempoh berbaki. Usaha mendidik orang ramai mengenai kepentingan mengitar semula pada tahun-tahun sebelum ini sudah membuahkan hasil," katanya. — The Star/LEW GUAN XI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram