Banduan mahu diampunkan perlu kemuka permohonan kepada Lembaga Pengampunan — Istana Negara


  • Primer
  • Jumaat, 03 Jan 2025

Istana Negara mengingatkan semua pihak supaya menghormati Perlembagaan dan undang-undang.

YANG Di-Pertuan Agong mempunyai prerogatif untuk memberi pengampunan, menangguhkan dan meringankan hukuman bagi sebarang kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 42 (1) dan 2 Persekutuan Perlembagaan.

Istana Negara dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan sebarang hukuman oleh mahkamah bagi kesalahan itu.

BACA LAGI: Najib antara 11 individu bakal dipanggil sebagai saksi perbicaraan kes 1MDB — Muhammad Shafee

BACA LAGI: Kes 1MDB: Najib diarah bela diri 25 pertuduhan penyelewengan

“Kuasa Agong dijalankan dengan nasihat daripada Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan baginda.

“Oleh itu, sekiranya ada pihak yang ingin mencadangkan mana-mana pesalah/banduan untuk pengampunan atau pengurangan hukuman hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk pertimbangan lembaga yang dipengerusikan oleh Agong pada mesyuarat akan datang,” kata kenyataan itu.

Istana Negara turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati Perlembagaan dan undang-undang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram