JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merekodkan kenyataan individu yang didakwa melakukan zikir dalam keadaan pelik di tanah perkuburan Danau Kota di Setapak, Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, satu laporan telah dikemukakan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan untuk tindakan susulan berdasarkan kenyataan yang diberikan individu terbabit.
“Jika didapati tindakan itu bertentangan dengan ajaran Islam, maka JAWI akan mengemukakan laporan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Gema Syukur 2025 di Putrajaya pada Rabu.
BACA LAGI: [VIDEO] Pensyarah USM jadi kebanggaan 'kaki motor', hasilkan inovasi tayar kalis pancit, tidak bocor
Sebelum ini, tular video berdurasi 23 saat yang menunjukkan sekumpulan individu berzikir secara kuat dan pelik di tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak.
Perkara itu menimbulkan kebimbangan orang ramai khususnya dalam kalangan masyarakat beragama Islam.
Pada hari sama, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Polis Mohamad Lazim Ismail mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.05 pagi hari sebelumnya.
Mengenai program Gema Syukur 2025, Mohd Na'im berkata, ia adalah sebahagian daripada elemen yang digariskan dalam 'Gagasan Kalimah Tayyibah' yang dilancarkan pada 29 tahun lalu.
Beliau berkata, matlamatnya adalah untuk melahirkan masyarakat yang boleh menggunakan kata-kata yang baik, tidak memfitnah orang lain, dan menggalakkan kasih sayang dan penjagaan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
