SEORANG lelaki maut dalam kejadian rumah runtuh di Jalan Stampin Baru dekat Kuching, Sarawak pada Sabtu.
Mangsa, Lim Inn Tong, 58, ditemui di bawah runtuhan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 2.50 pagi.
BACA LAGI : [VIDEO] Pemandu jengkaut maut kena hempap kren angkut mesin kuari di India
BACA LAGI : Pasar Borneo 'tunai' impian usahawan Sabah, Sarawak kembangkan perniagaan di Semenanjung
Katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya bergegas ke lokasi yang terletak tujuh kilometer dari balai bomba.
“Sejurus tiba di lokasi, orang awam memaklumkan terdapat mangsa di dalam rumah setingkat jenis kekal itu.
“Anggota kemudian bertindak menggeledah runtuhan dan berjaya menemui seorang mangsa lelaki tidak sedarkan diri di bawah runtuhan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Jelas kenyataan itu lagi, mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 4.05 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram