[VIDEO] Ramai teringat ibu di kampung, ‘makcik jaga’ berhati besar depan Klinik Komuniti Metro Prima


  • Tular
  • Jumaat, 03 Jan 2025

Tangkap layar pengawal keselamatan itu memberi simbol hati kepada salah seorang pengunjung yang ingin meletakkan kenderaan di tempat parkir berhampiran klinik itu.

DI sebalik kesibukan bandar, terdapat sebuah kisah penuh keikhlasan yang menyentuh hati orang ramai di hadapan Klinik Komuniti Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur.

Seorang wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi.

Wanita berbangsa India tersebut tidak asing lagi bagi penduduk setempat apabila dia sentiasa bersedia membantu sesiapa yang memerlukan.

BACA LAGI: Perlu berdikari untuk persiapan masa depan, aktiviti larian bantu kanak-kanak autisme bina keyakinan diri

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang motor maut tak sempat elak Kenari tukar lorong, buat pusingan U mengejut di Bandar Penawar

Tidak hanya menjaga keadaan sekitar kawasan berhampiran klinik berkenaan, dia juga kerap memberikan senyuman mesra kepada pengunjung.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan pengawal keselamatan itu memberikan simbol hati dan senyuman manis kepada pengunjung.

“Bagi mini love, dibalasnya big love,” tulis kini viral.my dalam laman Threads yang memuat naik video pengawal keselamatan itu.

Menjengah ruang komen di media sosial, kehadiran wanita yang peramah dan penyayang itu membuatkan ramai orang teringatkan ibu mereka di kampung.

Aunty India semua memang baik-baik.,” kata pengguna media sosial Threads, FfifacowayMalaysia.

“Seronok borak dengan aunty ini. Dia nak anak dia jadi pegawai polis, “ tambah pengguna media sosial, Yayaashraf.

“Comelnya makcik jaga ini layan pengunjung, teringat ibu di kampung,” kata pengguna media sosial, Njmike. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram