GLOMAC Berhad (Glomac) menegaskan kolam takungan yang pecah di Taman Seri Alam pada 29 Disember lalu bukan dalam kawasan projek Bandar Saujana Utama.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, syarikat pemaju itu menjelaskan yang air limpahan daripada kolam takungan itu telah memasuki kawasan hartanah milik syarikat berkenaan.
Malah, pihaknya mengatakan yang sebahagian besar daripada kawasan Saujana Utama tidak terkesan dengan kejadian tersebut.
BACA LAGI: 200 penduduk Taman Sri Alam terjejas banjir, benteng air pecah
"Sebahagian besar kawasan Bandar Saujana Utama kekal tidak terjejas.
"Kami ingin menjelaskan bahawa kolam takungan ini terletak di kawasan kejiranan iaitu Taman Seri Alam dan bukan dalam projek pembangunan kami, iaitu Bandar Saujana Utama.
"Bagaimanapun, kami tetap berwaspada dalam memantau keselamatan dan kesejahteraan pembangunan di perbandaran kami," kata Glomac dalam kenyataan itu.
Pada 29 Disember lalu, sebuah kolam takungan air pecah hingga menyebabkan air melimpah masuk ke sebuah kawasan perumahan di Taman Seri Alam.
Akibat limpahan itu, beberapa deretan rumah berdekatan mengalami kerosakan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram