JABATAN Peguam Negara (AGC) menyatakan bahawa semua permohonan banduan, termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.
Dalam satu kenyataan, AGC menjelaskan di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memberikan ampun, tunda dan lega hukum bagi kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
AGC juga menyatakan bahawa Perkara 42(2) perlembagaan membenarkan Yang di-Pertuan Agong meremit, menggantung atau meringankan hukuman bagi kesalahan yang dijatuhkan mahkamah.
BACA LAGI: Najib antara 11 individu bakal dipanggil sebagai saksi perbicaraan kes 1MDB — Muhammad Shafee
BACA LAGI: Kes 1MDB: Najib diarah bela diri 25 pertuduhan penyelewengan
“Sehubungan itu, Kamar ini telah dititahkan Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan bahawa semua permohonan pengampunan berhubung kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan prosedur dan saluran yang ditetapkan oleh undang-undang dan bukan melalui saluran lain.
“Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan, termasuk Najib, menghabiskan hukuman di bawah tahanan rumah, permohonan sedemikian hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan Lembaga Pengampunan mengikut prosedur dan saluran ditetapkan di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai," kata kenyataan itu pada Sabtu.
Pada 11 Disember lalu, Anwar berkata, sebarang perkara berhubung tambahan perintah pengampunan untuk Najib (gambar) telah dibincangkan secara ringkas semasa menghadap Agong.
AGC menambah bahawa keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Lembaga Pengampunan di bawah Perkara 42 perlembagaan, adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada untuk memastikan tindakan sedemikian dicabar di mahkamah kerana tidak sah daripada segi undang-undang.
Pada 11 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut bahawa sebarang perkara berhubung tambahan perintah pengampunan untuk Najib telah dibincangkan secara ringkas semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
“Jadi, kita serahkan kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong, pertama sekali, untuk membawanya ke mesyuarat Lembaga Pengampunan dan mempertimbangkannya secara menyeluruh,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram