Buli ala komando, selesaikan kejadian buli ikut garis panduan pengendalian KPM — Fadhlina


  • Primer
  • Khamis, 02 Jan 2025

KPM memberi amaran tegas terhadap mana-mana pengurusan sekolah supaya tidak menyembunyikan sebarang kes buli. — Gambar Hiasan

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memberi amaran tegas terhadap mana-mana pengurusan sekolah supaya tidak menyembunyikan sebarang kes buli.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sebarang insiden buli di sekolah mempunyai garis panduan yang telah ditetapkan.

"Kita minta untuk diselesaikan mengikut garis panduan pengendalian kes buli yang telah pun kita (KPM) keluarkan dan juga melibatkan maknanya proses keseluruhan melibatkan keadilan kepada pihak-pihak kepada pihak berkuasa," katanya pada Khamis.

BACA LAGI : [VIDEO] Jaga parah, 5 cedera, lelaki 'sakit' tiba-tiba buka jurus Muay Thai ketika berarak di Thailand

BACA LAGI : [VIDEO] Ingatkan kejadian di Sandakan, mayat wanita terkulai kena terkam buaya rupanya di Indonesia

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sebarang insiden buli di sekolah mempunyai garis panduan yang telah ditetapkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes buli membabitkan sebuah asrama penuh baru-baru ini yang menyaksikan mangsa dibuli ala komando.

Tambah beliau lagi, KPM juga mengambil maklum berhubung isu berkenaan namun tidak memperincikan dengan lebih lanjut berhubung tindakan terhadap kes berkenaan.

"Masih dalam proses siasatan. Saya tegaskan semula bahawa kita tidak kompromi dalam soal buli ini jadi tindakan dan juga semua proses yang terkait rapat dengan buli ini mestilah melalui prosedur yang telah pun kita tetapkan.

"Kita mohon untuk aduan ini dibuat di bawah portal Aduan Buli di bawah KPM dan prosedur di bawah Aduan Buli ini lebih jelas kerana kita akan maklumkan terus kepada pengadu apa tindakan-tindakan yang telah pun kita ambil," ujarnya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar senior dari asrama berkenaan telah bertindak membuli seorang pelajar junior dengan perbuatan yang agak keterlaluan termasuk menggunakan air panas sehingga menyebabkan mangsa melecur di bahagian kaki. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram