Memancing tak lagi dibenarkan di Tasik Pandan Perdana, boleh dijel dan denda maksimum RM2,000


  • Massa
  • Rabu, 01 Jan 2025

Aktiviti memancing tidak lagi dibenarkan di Tasik Pandan Perdana dekat Pandan Perdana, Selangor, susulan desakan daripada penduduk setempat untuk menghentikan aktiviti memancing di tasik kawasan kejiranan itu.

AKTIVITI memancing tidak lagi dibenarkan di Tasik Pandan Perdana dekat Pandan Perdana, Selangor, susulan desakan daripada penduduk setempat untuk menghentikan aktiviti memancing di tasik kawasan kejiranan itu.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuat keputusan untuk melarang aktiviti memancing di situ kerana ada dalam kalangan segelintir pemancing yang tidak menjaga kebersihan tasik dan kawasan sekitarnya.

Pengarah Jabatan Belia dan Komuniti MPAJ, Khairilazhar Ismail berkata, ada pemancing yang mempunyai tabiat membuang sampah di tepi tasik atau ke dalam air.

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja sawit meraung lihat rakan maut dihempap serombong besi lebih 1 tan di Sumatera Utara

BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan kejadian di Sandakan, mayat wanita terkulai kena terkam buaya rupanya di Indonesia

"Mereka juga membuang umpan yang tidak habis ke dalam air sekali gus boleh merosakkan ekosistem," katanya sambil menambah bahawa larangan tersebut sudah berkuat kuasa mulai 1 November.

Tegas beliau lagi, MPAJ akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut.

"Papan tanda telah dipasang di kawasan itu untuk memaklumkan orang ramai dan MPAJ menjalankan rondaan untuk memastikan peraturan itu dipatuhi," katanya.

Di bawah Undang-Undang Kecil Taman MPAJ 2005, mereka yang melanggar peraturan tersebut berdepan risiko peralatan dirampas.

Story on fishing no longer allowed at Pandan Perdana Lake to protect as water source.  —LOW LAY PHON/The Star

MPAJ membuat keputusan untuk melarang aktiviti memancing di situ kerana ada dalam kalangan segelintir pemancing yang tidak menjaga kebersihan tasik dan kawasan sekitarnya.

Selain itu, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, hukuman penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Tambah Khairilazhar lagi, walaupun aktiviti memancing sebelum ini digalakkan untuk menarik pengunjung, larangan itu juga akan meningkatkan daya tarikan kawasan tersebut.

"Air dan kawasan sekitar kini lebih bersih, dan pengunjung boleh melihat hidupan akuatik dengan lebih jelas," katanya.

Tasik Pandan Perdana telah menjalani penambahbaikan besar yang diterajui oleh MPAJ pada awal tahun lalu.

Peningkatan tersebut termasuk menurap semula trek jogging, membina tandas awam dan menambah dua dek pemandangan di tepi tasik.

Lebih RM500,000 diperuntukkan untuk kerja-kerja berkenaan, termasuk pemasangan papan tanda 3D, menaik taraf peralatan taman permainan dan menambah pencahayaan di taman serta tempat letak kereta.

Sementara itu, Ahli Majlis MPAJ kawasan itu, R. Moganraj mencadangkan supaya hanya program memancing rasmi dibenarkan di tasik tersebut.

"Dengan cara ini, kita masih boleh mempromosikan aktiviti pelancongan dan melindungi kawasan tasik.

"Larangan memancing terpaksa diperkenalkan kerana masalah kebersihan yang semakin teruk.

"Kami dapati ada pemancing menggunakan perut ayam atau daging lain sebagai umpan, yang meninggalkan bau busuk," katanya.

Moganraj berkata, kebanyakan pemancing mematuhi peraturan baharu itu.

"Masih ada segelintir yang degil, tetapi penguatkuasaan sentiasa dijalankan," ujarnya.

Bagi pengunjung tetap taman itu, Siti Nurbaiyah Mohd Halim berkata, larangan memancing adalah perubahan yang dialu-alukan.

"Pemancing sebelum ini duduk di tepi tasik sepanjang hari, menyebabkan ruang untuk orang lain menjadi terhad. Kumpulan besar juga boleh menjadi terlalu bising," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram