PRU15: Jadi rebutan parti politik, 5 kerusi Parlimen catat pertembungan penjuru paling banyak


  • Politik
  • Sabtu, 05 Nov 2022

Empat calon yang bertanding untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

PILIHAN Raya Umum ke 15 (PRU15) membuka tirai dengan proses penamaan calon yang berakhir pukul 10 pagi pada Sabtu.

Semua parti yang bertanding sudah mengemukakan calon masing-masing yang menyaksikan ada sehingga 10 calon bertanding.

WhatsApp Image 2022-10-26 at 10.31.00 PM

Berikut, Majoriti senaraikan lima lokasi yang menyaksikan pertembungan penjuru paling banyak bagi PRU15.

file7nhd1hmabfq15bos8osf

Datuk Zuraida Kamaruddin

Ampang

Parlimen Ampang menyaksikan pertembungan sembilan penjuru melibatkan Datuk Zuraida Kamaruddin yang bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia merupakan penyandang kerusi tersebut sejak 2008.

Berikut adalah sembilan lagi calon yang bertanding untuk merampas kedudukan Zuraida.

1) Rodziah Ismail (Pakatan Harapan)

2) Ivone Low Yi Wen (MCA)

3) Raveendran Marnokaran (Bebas)

4) Dr Nurul Ashikin Mabahwi (Gerakan Tanah Air)

5) Lai Wai Chong (Warisan)

6) Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional)

7) Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos (Bebas)

8) Tan Hua Meng (Bebas)

1736715

P. Prabakaran

Batu

Penyandang untuk kerusi ini ialah calon Bebas yang disokong PKR, P. Prabakaran dengan majoriti 24,438 undi.

Prabakaran menang selepas menewaskan tiga lagi calon iaitu Dr Dominic Lau Hoe Chai (BN), Azhar Yahya (PAS) dan Datuk VM Panjamothy (Bebas).

Tahun ini menyaksikan Parlimen Batu menjadi tumpuan kerana Prabakaran akan menentang sembilan lagi calon yang lain. Parlimen ini juga merupakan kawasan yang menyenaraikan calon paling ramai dalam PRU15.

Berikut adalah sembilan calon lain yang akan bertanding di Parlimen Batu.

1) Siti Kasim (Bebas)

2) Chua Tian Chang (Bebas)

3) Zulkifli Fattah (PRM)

4) Too Gao Lan (Bebas)

5) Wan Azliana (Gerakan Tanah Air)

6) Ustaz Azhar Yahya (Perikatan Nasional)

7) Nathan Batu (Warisan)

8) A Kohilan Pillay (Barisan Nasional)

9) Nur Fathiah Syazwana @ Cleopatra (Bebas)

WhatsApp Image 2022-11-05 at 4.08.27 PM

Syahredzan Johan

Bangi

Kerusi bagi Parlimen Bangi menyaksikan kesemua calon baharu akan bertanding memandangkan penyandangnya, Dr Ong Kian Ming memilih untuk tidak mempertahankan kerusinya pada PRU15.

Tempatnya kini diganti oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP iaitu Syahredzan Johan antara sembilan calon yang bersaing.

Berikut adalah calon yang akan bertanding di Parlimen Bangi.

1) Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir (Perikatan Nasional)

2) Jamal Hisham Hashim (Bebas)

3) Hoh Lee Lee (Barisan Nasional)

4) Fauzi Hasimdari (Bebas)

5) Suthan Mookiah (Bebas)

6) Chee Chee Meng (Parti Rakyat Malaysia)

7) Anuar Salleh (Gerakan Tanah Air)

file7n9mtsr8mmfivfudebh

Datuk Seri Rina Mohd Harun

Sepang

Parlimen Sepang menyaksikan pertembungan lapan penjuru yang mempertaruhkan tiga calon wanita.

Kawasan itu sebelum ini disandang Mohamed Hanipa Maidin (Amanah). Menariknya, kawasan ini menyaksikan tiga ketua wanita mewakili tiga parti akan bercalon.

Berikut adalah senarai semua calon yang bertanding di Parlimen Sepang.

1) Datuk Seri Rina Mohd Harun (Perikatan Nasional)

2) Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (Gerakan Tanah Air)

3) Raj Munni Aiman Athirah (Pakatan Harapan)

4) Anuar Basiran (Barisan Nasional)

5) R. Nageswaran (Parti Rakyat Malaysia)

6) Mohd Daud Leong Abdullah (Parti Utama Rakyat)

7) Mohd Syahrul Amri Mat Sari (Bebas)

8) M. Muneswaran (Bebas)

file7jrt1jttc9c1cyzh5ggk

Kota Raja

Selain Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang juga penyandang kerusi Kota Raja, kawasan ini juga menyaksikan pertembungan lapan penjuru.

Berikut adalah senarai semua calon yang bertanding di Parlimen Kota Raja.

1) Fahmi Razlan (Gerakan Tanah Air)

2) Mohamed Diah Bahrun (Perikatan Nasional)

3) Kumar Karananedi (Bebas)

4) D. Kajendran (Barisan Nasional)

5) P. Raveentharan (Bebas)

6) Sarah Afiqah Zainol Arif (Parti Rakyat Malaysia)

7) S. Surendhar (Bebas)

Untuk rekod, tempoh kempen PRU15 selama 14 hari bermula secara rasmi sebaik selesai proses pencalonan hingga pukul 11.59 malam, 18 November nanti.

Hari pengundian PRU15 pada 19 November dan pengundian awal pula pada 15 November ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram