SEORANG wanita maut sementara tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 37, Jalan Kuantan-Segamat, Pekan, Pahang ketika hujan lebat kira-kira pukul 8.15 malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan dan melanggar Perodua Myvi.
“Ketika kejadian, SUV itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat. Penumpang hadapan Perodua Myvi, Nur Ezyyantie Aliakbar bertugas sebagai di Klinik Kesihatan Temai, Pekan sebagai Penolong Pegawai Perubatan meninggal dunia di tempat kejadian.
BACA LAGI: Orang kuat bola sepak Pahang meninggal dunia akibat kemalangan di Pekan
BACA LAGI: Sultan Pahang berjiwa rakyat, kurnia rumah baharu keluarga dirempuh treler di Pekan
“Suami mangsa, yang memandu Myvi serta dua anak perempuan mereka berusia dua dan 12 tahun mengalami kecederaan parah. Anak berusia 12 tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.
Pemandu SUV dan isterinya, masing-masing berusia 50 tahun, serta dua anak lelaki mereka berusia 12 dan 17 tahun turut cedera dalam kemalangan itu.
Jelas Mohd Zaidi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram