[VIDEO] Lepas Jeju Air, pesawat Canada Air terbakar akibat komponen pendaratan gagal berfungsi


  • Benua
  • Ahad, 29 Dis 2024

Kesemua 73 penumpang berjaya keluar dari pesawat dalam masa dua minit dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

PARA penumpang De Havilland Canada Dash 8-400 berdepan detik cemas apabila sayap pesawat tersebut bergesel dengan permukaan landasan ketika mendarat di lapangan terbang Halifax, menyebabkan sebahagian pesawat terbakar.

Insiden kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku hanya beberapa jam selepas tragedi yang meragut 179 nyawa di Korea Selatan, pada Sabtu.

Jurucakap Air Canada, Peter Fitzpatrick berkata, pesawat yang dalam penerbangan dari St. John ke Halifax itu tergelincir dari landasan ekoran komponen pendaratan gagal berfungsi.

BACA LAGI: Nahas pesawat Azerbaijan: Putin mohon maaf, sistem pertahanan udara Rusia tindak balas serangan dron Ukraine

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat ucap 2 kalimah syahadah, pakai topeng oksigen penumpang kongsi detik-detik terakhir pesawat Azerbaijan Airlines terhempas

Situasi itu kemudian menyebabkan percikan api keluar daripada sayap akibat terseret di landasan.

Penumpang yang ketakutan menyaksikan sebahagian pesawat terbakar dan kedengaran bunyi kuat seperti hentaman, ketika ia tergelincir di landasan pada sudut 20 darjah sehinggalah juruterbang berjaya memberhentikannya.

Salah seorang penumpang, Nikki Valentine berkata, kejadian itu berlaku selepas salah satu tayar pesawat gagal berfungsi dengan betul ketika pendaratan.

Ujarnya, pesawat berkenaan tergelincir sepanjang landasan pada jarak yang agak jauh ketika juruterbang cuba menekan brek untuk memberhentikan pesawat.

"Pesawat bergoncang dengan kuat dan kami melihat api di bahagian kiri pesawat serta asap mula masuk ke dalam tingkap," katanya.

Difahamkan, kesemua 73 penumpang berjaya keluar dari pesawat dalam masa dua minit dan tiada kecederaan serius sebaliknya hanya kecederaan ringan dilaporkan.

Para penumpang dipindahkan dan dibawa ke sebuah hangar untuk pemeriksaan oleh pasukan paramedik.

Majoriti pada Ahad melaporkan sekurang-kurangnya 28 maut selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan.

Kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand, mendarat di lapangan terbang di selatan negara itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram