SPRM peroleh perintah larang pihak tertentu akses aset 1MDB bernilai RM1.5 bilion di luar Malaysia


  • Primer
  • Khamis, 12 Dis 2024

Larangan akses itu diperolehi SPRM selepas mahkamah berpuas hati dengan bukti dikemukakan pihak pendakwaan.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Berdasarkan maklumat terkini, aset sejumlah AS$340 juta (RM1.5 bilion) itu kini berada dalam simpanan Pejabat Dana, Mahkamah United Kingdom.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataan pada Khamis memberitahu, perintah tersebut dikeluarkan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada Selasa lalu.

BACA LAGI: Perbicaraan 1MDB: Najib dapatkan bukti dari mahkamah AS

BACA LAGI: [VIDEO] Najib dakwa hubungan rapat dengan Jho Low diperbesarkan dalam skandal 1MDB

Foliage partly covers a 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) billboard at the funds flagship Tun Razak Exchange development in Kuala Lumpur, Malaysia, July 3, 2015. Malaysian Prime Minister Najib Razak slammed a report that said close to $700 million was wired to his personal account from banks, government agencies and companies linked to the debt-laden state fund 1MDB, claiming this was a

Siasatan terhadap 1MDB diteruskan SPRM.

"Larangan itu dikeluarkan mahkamah selepas berpuas hati dengan bukti-bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan, yang mana menunjukkan dana berkenaan mempunyai kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram," menurut kenyataan itu.

SPRM memaklumkan perintah itu turut menghalang Ketua Pegawai Eksekutif Petrosaudi International Ltd (PSI), Tarek Obaid daripada mengakses dana berkenaan.

Perintah Larangan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLTFPUAA 2001) berdasarkan permohonan yang difailkan pihak pendakwaan pada 2020.

Pada 13 Mac lalu, SPRM berjaya mendapatkan Perintah Larangan ke atas 41 barangan kemas di Hong Kong bernilai £9.4 juta (RM53.2 juta) milik Tarek Obaid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram