Kelantan syaratkan sijil halal untuk perbaharui lesen niaga F&B


  • Primer
  • Khamis, 26 Dis 2024

KELANTAN kini mewajibkan premis makanan dan minuman mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia sebelum memperbaharui lesen perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan.

KERAJAAN Kelantan kini mewajibkan premis makanan dan minuman mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia sebelum memperbaharui lesen perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam akan menjadi yang pertama menerajui keperluan ini.

“Insya-ALLAH, PBT lain juga akan melaksanakan perkara ini dalam masa terdekat," katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Halal Nasken International Sdn. Bhd di Kota Seribong, Pasir Hor, Kelantan pada Khamis.

BACA LAGI: Tayar pancit di Laos, ekspedisi Himalaya antara 'ride' penuh mencabar pasangan sehati sejiwa bersama Kawasaki Vulcan

BACA LAGI: Travel ke Hong Kong? Jangan lupa kunjungi masjid dan restoran halal khas buat pelancong Muslim

Mohd Asri dilaporkan berkata, sebanyak 453 sijil dikeluarkan kepada perniagaan di negeri ini sejak Januari hingga kini.

Ini termasuk hotel, restoran, kedai makan, farmasi dan salon rambut.

Beliau menyatakan daripada jumlah ini, 405 adalah usahawan Melayu manakala 48 adalah premis bukan Islam.

Mohd Asri berkata, terdapat lapan syarat yang perlu dipatuhi sesebuah perniagaan bagi mendapat pensijilan itu.

“Ia bukan sahaja mengenai makanan dan minuman tetapi termasuk dapur dan penggunaan bahan atau produk halal,” katanya.

Mohd Asri kemudian menambah bahawa pemeriksaan akan dijalankan oleh jawatankuasanya dengan kerjasama pihak berkuasa lain.

Ini termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Mohd Asri menyebut pemeriksaan mengejut dijalankan sepanjang tahun bagi memastikan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang.

Tambahnya, data menunjukkan Kota Baru mempunyai bilangan premis bertauliah tertinggi, dengan hampir 190 premis perniagaan manakala enam hingga tujuh premis disahkan di daerah lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram