[VIDEO] Sempat jerit minta tolong, warga emas dikhuatiri lemas jatuh sungai ketika sibuk kemas bot di Sarawak


  • 112
  • Rabu, 25 Dis 2024

Warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan kerja-kerja mengemas bot di jeti Kampung Kelaoh, Lundu, Sarawak pada pagi Rabu.

WARGA emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan kerja-kerja mengemas bot di jeti Kampung Kelaoh, Lundu, Sarawak pada pagi Rabu.

Komander Operasi, Khaizul Buang berkata, seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan sekitar pukul 8.20 pagi.

“Menurut maklumat dari saksi yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian mangsa, Jokepli Hamidi, 60, dipercayai telah terjatuh ke dalam sungai dari bot yang dinaikinya ketika sedang mengemas bot di jeti.

“Mangsa kelihatan berpakaian berwarna biru muda lengan panjang dan berseluar tracksuit berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Penyokong Harimau Malaya kena pukul casual Thailand dikejarkan ke hospital akibat hentakan di kepala

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas pelumba Grand Prix berkaki ayam selama 6 tahun ke Pakistan demi ‘mencari’ Tuhan

Tambahnya lagi, mangsa sempat meminta bantuan dengan menjerit dan berusaha untuk berenang ke tebing sungai.

“Saksi menyiapkan bot dan terus menuju ke arah mangsa untuk menghulurkan bantuan, bagaimanapun mangsa telah hilang dihanyutkan arus deras.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan menggunakan teknik surface searching di sekitar kawasan lokasi mangsa jatuh," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram