MFL Challenge Cup: Mudah mara ke semifinal tapi fans Penang pelik coach masih peram Rahmat Makasuf


  • Podium
  • Isnin, 23 Dis 2024

Untuk rekod, Rahmat yang merupakan tonggak utama Penang FC pada musim lalu hanya beraksi dalam lapan perlawanan pada musim ini. — Facebook/Penang FC

PENANG FC menepati ramalan apabila dengan selesa menang 2-0 mengatasi kelab Liga A1 Semi-Pro, PT Athletic dalam aksi suku akhir kedua MFL Challenge Cup pada Isnin.

Dua gol jaringan pemain tonggak, Rafael Viktor menerusi sepakan penalti masing-masing pada minit ke-38 dan ke-45 sudah mencukupi sekali gus melayakkan mereka ke separuh akhir dengan agregat 6-0.

Bagaimanapun, di sebalik defisit besar yang diperoleh, penyokong Penang FC tampil mempersoalkan pendekatan ketua jurulatih pasukan, Wan Rohaimi yang kekal menurunkan skuad utama.

BACA LAGI: Tiba masanya Aidil Sharin manfaatkan ex JDT tamatkan badi Kuching berdepan Sabah

BACA LAGI: Menang bergaya ke semifinal, fans Gergasi Merah masih belum maafkan Ronnie

Malah, mereka berpandangan bahawa barisan kejurulatihan sepatutnya menggunakan keputusan selesa terbabit untuk memberikan peluang dan mencuba menggunakan kepada pemain simpanan termasuk tonggak jarang diturunkan.

Antara nama disebut-sebut ialah pemain sayap Penang FC yang juga bekas tonggak Terengganu FC, Rahmat Makasuf.

"Turunkan skuad kedua dah la. Alif Ikmal, Rahmat Makasuf pun tidak main lagi," tulis Shaik Iskandar.

"Asyik peram sampai karat," ujar Shaik Iskandar.

"Cuba la bawa masuk Rahmat," kata Abdul Muiz.

Untuk rekod, Rahmat yang merupakan tonggak utama Penang FC pada musim lalu hanya beraksi dalam lapan perlawanan pada musim ini.

Penang FC juga dilihat bergelut untuk bersaing apabila berada di kedudukan tiga tercorot selepas 16 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram