
PENYANYI nasyid tersohor, Nordin Jaafar menghembuskan nafas terakhir di rumahnya yang terletak di Hulu Yam Bharu, Batang Kali, Selangor pada Sabtu.
Perkara itu disampaikan oleh kumpulan Inteam dengan mengucapkan takziah menerusi hantaran di Facebook.
"Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas saudara Nordin," tulisnya.
BACA LAGI: Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
Katanya lagi, beliau pernah bertugas di Inteam Publishing dan sangat terkenal menerusi lagunya Bulan-Bulan Islam.
Sekitar 2006, arwah menyertai kumpulan Raihan dengan menggantikan vokalis utamanya, Nazrey Johani yang tampil dengan album solo.
Pada 2007, arwah keluar daripada kumpulan itu dan muncul sebagai penyanyi solo dengan album Mari Berdoa.
Difahamkan, arwah yang berusia 49 tahun itu sebelum ini menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram