Minggu terakhir di Rumah Putih, Biden lupus hutang hampir 55,000 penjawat awam AS bernilai RM126 bilion


  • Benua
  • Sabtu, 21 Dis 2024

Pelepasan hutang itu menyaksikan beliau telah memaafkan lebih banyak hutang pelajar berbanding presiden lain.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi pelepasan hutang kepada hampir 55,000 rakyat AS yang bekerja dalam sektor awam akan mendapat pelepasan hutang pelajar yang keseluruhannya bernilai US$4.28 bilion (RM126 bilion).

Pelepasan itu adalah hasil daripada memperbaiki program Pelepasan Hutang Pinjaman Perkhidmatan Awam (PSLF) yang diwujudkan pada 2007 oleh Presiden George W. Bush.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu SUV rempuh kedai gunting rambut selepas dialisis, seorang kanak-kanak cedera parah di AS

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja sawit meraung lihat rakan maut dihempap serombong besi lebih 1 tan di Sumatera Utara

"Petugas awam yang diluluskan untuk pelepasan hutang hari ini termasuk guru, jururawat, anggota perkhidmatan, pegawai penguatkuasaan undang-undang, dan pekerja sektor awam lain yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk berbakti kepada masyarakat.

"Kini mereka akhirnya menerima kelegaan yang menjadi hak mereka di bawah undang-undang," kata Biden dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih pada Jumaat.

President Joe Biden speaks about developments in Syria during a news conference at the White House in Washington, Dec. 8, 2024. President Biden says he weakened Russia, Iran and Hezbollah, laying the groundwork for Bashar Assad’s ouster but Prime Minister Benjamin Netanyahu says the Syrian leader would still be in power had he listened to American advice. (Bonnie Cash/The New York Times)

Presiden AS, Joe Biden.

Pelepasan hutang datang pada minggu-minggu terakhir Biden memegang jawatan itu juga menyaksikan beliau telah memaafkan lebih banyak hutang pelajar berbanding presiden lain.

Dengan kelulusan tambahan AS$4.28 bilion (RM19.3 bilion) untuk pelepasan hutang hampir 55,000 petugas awam, pentadbiran Biden telah memastikan pelepasan hutang pelajar yang mengubah kehidupan bernilai hampir AS$180 bilion (RM811 bilion) untuk hampir lima juta peminjam.

Namun, cabaran undang-undang yang diterajui Republikan telah menghalang semua percubaan Biden untuk memberikan bantuan berskala besar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram