Jualan but kereta di lokasi baharu, Perak janji tingkat publisiti MBI Terrace


  • Primer
  • Jumaat, 20 Dis 2024

Perpindahan peniaga dari tempat letak kereta Dataran Bandaraya Ipoh adalah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan atas faktor keselamatan. — Bernama

SUSULAN perpindahan jualan but kereta di Dataran Bandaraya Ipoh, Perak ke MBI Terrace, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng. berkata, kerajaan negeri berjanji untuk menilai semula usaha publisiti bagi memastikan tahap kehadiran pelanggan yang sama.

Beliau berkata demikian selepas menerima aduan daripada peniaga yang diarah mengosongkan lot parkir dataran tersebut sebelum 21 Disember ini.

“Kami memahami kebimbangan peniaga dan juga kehadiran pelanggan termasuk hasil jualan di lokasi baharu.

“Selain daripada 44 peniaga yang dikenal pasti melalui perbincangan, kami akan mencari tapak alternatif yang lebih sesuai untuk orang lain," jelasnya.

BACA LAGI: Jaga integriti, anggap arahan senior sebagai tugas antara ilmu berharga buat 2 rekrut penguatkuasa MBPJ

BACA LAGI: [VIDEO] Khabar angin Jakarta bakal tenggelam makin kuat, air laut mula melimpah ke kawasan penduduk

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, keputusan memindahkan peniaga itu adalah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan atas sebab keselamatan.

Selain membantu peniaga berpindah, kerajaan negeri juga akan menangani isu melibatkan peniaga tidak berlesen.

Kira-kira 80 peniaga jualan but kereta yang diarah berpindah membantah langkah itu.

Sesi libat urus antara MBI dengan 44 daripada 80 peniaga turut diadakan bagi memberi taklimat kepada mereka mengenai cadangan untuk memindahkan mereka ke MBI Terrace.

Manakala baki 36 peniaga, MBI akan mempertimbang untuk menawarkan mereka tapak niaga di kawasan komersial lain. — The Star/IVAN LOH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram