Parlimen Korea Selatan pecat Presiden Suk Yeol, posisi No. 1 kini diisi sementara pemimpin teknokrat


  • Benua
  • Sabtu, 14 Dis 2024

Suk Yeol ialah presiden kedua berturut-turut daripada kumpulan konservatif yang didakwa di Korea Selatan. — Agensi

PARLIMEN Korea Selatan yang dikuasai pembangkang memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Sabtu dengan mereka turut mengundi untuk menggantung pemimpin itu daripada tugas rasmi selepas percubaannya minggu lalu untuk menguatkuasakan undang-undang tentera.

Di bawah perlembagaan, Perdana Menteri Han Duck-soo, yang dilantik oleh Suk Yeol akan menggalas tanggungjawab selaku pemangku presiden.

Suk Yeol ialah presiden kedua berturut-turut daripada kumpulan konservatif di Korea Selatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat lari selamatkan diri, video papar detik-detik akhir tragedi pokok tumbang ragut nyawa 2 pelancong di Bali

BACA LAGI: [VIDEO] Sudah bermaafan, penjual teh ais rayu Presiden Prabowo tolak peletakan jawatan Gus Miftah

Presiden sebelum ini, Park Geun-hye dilucutkan jawatan pada 2017.

Usul itu dibawa selepas beberapa ahli Parti Kuasa Rakyat dianggotai Suk Yeol menyertai parti pembangkang, yang menguasai 192 kerusi dalam dewan negara terdiri daripada 300 anggota, sekali gus melebihi syarat dua pertiga yang diperlukan untuk pemecatan.

Bilangan penggubal undang-undang yang menyokong pemecatan ialah 204, dengan 85 menentang, tiga berkecuali dan lapan melakukan undi tidak sah.

Walaupun digantung tugas, Suk Yeol kekal di berada di pejabatnya.

Mahkamah Perlembagaan akan membuat keputusan berhubung pemecatan tersebut dalam tempoh enam bulan akan datang.

This handout from the South Korean Presidential Office via Yonhap taken and released on Saturday, December 14, 2024 shows President Yoon Suk Yeol giving a public address from his official residence in Seoul. Yoon on December 14 said he would

Presiden Yoon Suk Yeol. — Agensi

Jika Suk Yeol dilucutkan jawatan, pilihan raya mengejut akan diadakan.

Suk Yeol membuat keputusan di luar jangka pada 3 Disember lalu apabila dia memberikan kuasa kepada tentera untuk menghapuskan apa yang disifatkannya sebagai 'pasukan anti-kerajaan' dan mengatasi lawan politiknya.

Dia kemudiannya meminta maaf kepada seluruh negara namun tetap kekal mempertahankan keputusannya dan menolak gesaan bagi meletakkan jawatan sebelum pengundian.

Sementara itu, Duck-soo, yang menjadi pemangku presiden Korea Selatan merupakan seorang teknokrat yang mempunyai pengalaman luas dan reputasi baik bagi membantunya dalam peranan terbaharu tersebut.

Di sebuah negara yang dipecahkan oleh retorik partisan, Duck-soo adalah seorang pemimpin cukup jarang muncul dalam politik negara berkenaan dengan kerjayanya dilihat melangkaui garis parti.

Beliau bagaimanapun berdepan tugas mencabar bagi memastikan kerajaan berfungsi melalui krisis politik paling teruk dalam tempoh empat dekad lalu.

Pada masa sama, Duck-soo juga perlu menangani ancaman senjata nuklear daripada negara jiran Korea Utara, dan perkembangan ekonomi yang perlahan di negaranya.

Tempohnya sebagai pemangku presiden juga boleh diancam oleh penyiasatan jenayah terhadap peranannya dalam keputusan undang-undang tentera.

Duck-soo, 75, telah berkhidmat dalam pentadbiran selama lebih tiga dekad di bawah lima presiden berbeza termasuk daripada kedua-dua kumpulan utama iaitu konservatif dan liberal.

Peranan beliau termasuk menjadi duta ke Amerika Syarikat, menteri kewangan, menteri perdagangan, setiausaha presiden untuk penyelarasan dasar, perdana menteri, duta ke OECD, dan ketua pelbagai badan pemikir serta organisasi.

Dengan ijazah kedoktoran daripada Harvard dalam bidang ekonomi, kepakaran Duck-soo dalam bidang ekonomi, perdagangan dan diplomasi serta reputasi bersikap rasional sederhana dan melakukan kerja keras telah menjadikan beliau orang yang kerap menjadi tumpuan dalam politik Korea Selatan.

Beliau menjadi perdana menteri sejak penggal Suk Yeol bermula pada 2022, kali kedua beliau berkhidmat dalam peranan itu selepas berkhidmat sebagai perdana menteri di bawah bekas presiden Roh Moo-hyun pada 2007-2008.

Duck-soo juga mempunyai pengalaman bekerja dengan sekutu utama Korea Selatan Amerika Syarikat, setelah terlibat secara mendalam dalam proses menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas AS-Korea Selatan.

Fasih berbahasa Inggeris, beliau dilantik sebagai duta Korea Selatan ke Amerika Syarikat pada 2009, bekerja di Washington pada masa Presiden AS, Joe Biden menjadi naib presiden, dan menyumbang kepada Kongres yang meluluskan Perjanjian Perdagangan Bebas pada 2011.

Duck-soo turut pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga S-Oil, sebuah unit penapisan minyak Korea Selatan yang merupakan salah satu unit di Bawah Saudi Aramco.

FILE PHOTO: Han Duck-soo, South Korean Prime Minister, gives a speech during the opening ceremony of the AI Global Forum in Seoul, South Korea, May 22, 2024. REUTERS/Kim Soo-hyeon/File Photo

Perdana Menteri Han Duck-soo. — Agensi

Peranan Duck-Soo dalam kepimpinan dijangka bertahan selama berbulan-bulan sehingga Mahkamah Perlembagaan memutuskan sama ada untuk memecat Suk Yeol atau memulihkan kuasanya.

Jika Suk Yeol disingkirkan, pilihan raya presiden mesti diadakan dalam masa 60 hari, dengan Duck-soo akan terus kekal mengemudi ketika tempoh tersebut.

Pembangkang utama Parti Demokrat telah memfailkan aduan terhadap Duck-soo untuk dimasukkan ke dalam siasatan kerana gagal menyekat percubaan Suk Yeol terhadap undang-undang tentera.

Jika Parlimen memutuskan untuk menuduh Duck-soo, menteri kewangan adalah pemimpin seterusnya dalam kalangan anggota kabinet akan dipilih berkhidmat sebagai pemangku presiden.

Perlembagaan Korea Selatan tidak menyatakan berapa banyak kuasa yang diberikan oleh perdana menteri dalam menjalankan peranan kepimpinan.

Kebanyakan pakar mengatakan perdana menteri perlu menggunakan kuasa terhad hanya untuk memastikan urusan negara tidak lumpuh dan tidak lebih daripada itu.

Bagaimanapun, ada pandangan mengatakan jawatan tersebut boleh menggunakan semua kuasa presiden, kerana perlembagaan tidak meletakkan sebarang sekatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram