
TIGA individu maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja pemasangan solar di bangunan pejabat Jabatan Kerja Raya Ranau, Sabah pada Jumaat pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.46 pagi.
Ridwan berkata, mangsa, Wong, 54, Salleh, 34, dan Gimbal, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
BACA LAGI: Cabaran pemanduan 23 selekoh, kaki Go-Kart patut uji kemahiran di RUD Karting Gamuda Cove
BACA LAGI: KKB 'hidden gem' aktiviti lasak, paragliding dan rafting antara 4 sukan ekstrem wajib cuba
Tambahnya lagi, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama tiga buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
"Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati tiga lelaki maut terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan solar, manakala seorang lagi lelaki berusia 20-an selamat.
"Pasukan operasi bertindak mengalihkan mangsa ke tempat selamat dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Susulan itu, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke hospital bagi menjalankan proses bedah siasat dan kes kini diserahkan kepada pihak polis.
"Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud, sebelum operasi ditamatkan pada pukul 12.03 tengah hari," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram