Lumpuh separuh badan tak halang Billy Tang bangkit bina pertanian lestari sampai dapat pengiktirafan Oxford


  • Bizz
  • Jumaat, 13 Dis 2024

Billy (tengah) ketika menerima pengiktirafan Oxford Award for Lifetime Achievement in Humanitarian Impact and Global Sustainability pada awal bulan ini. — Billy Tang

PADA Disember 2015, kemalangan kereta menyebabkan Dr Billy Tang, seorang pakar pertanian dan penyelidik swasta, mengalami kecederaan saraf tunjang traumatik.

Kemalangan tersebut berlaku berhampiran sebuah universiti di Kota Damansara, Selangor.

Dalam cubaannya mengelak seorang penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar, Tang secara tidak sengaja telah merempuh pembahagi, menyebabkan keretanya terbalik dan melanggar pokok besar.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Ekoran daripada kejadian itu, beliau buta di mata kiri namun, penglihatannya kembali pulih 70 peratus selepas pembedahan.

Billy juga mengalami kecederaan di enam tulang rusuknya yang patah manakala saraf tunjangnya turut terjejas sehingga menyebabkan beliau lumpuh.

Nasib malang yang menimpanya membuatkan dunianya gelap.

Billy juga berada dalam tempoh pemulihan di Melaka selama enam bulan.

Terima kasih kepada sokongan orang tersayang, beliau berjaya keluar daripada tekanan emosi dan juga menjadi lebih kuat secara fizikal.

Photoshoot with Dr Billy Tang for urban farming use satellite for less fortuna story at USJ2 on March 30.—AZMAN GHANI/The Star

Billy lumpuh separuh badan akibat kemalangan kereta yang dihadapinya pada 2015.

Di sebalik tragedi yang berlaku, Billy yang mempunyai keazaman tinggi terus menyimpan cita-cita untuk kembali ke bidang kepakarannya iaitu pertanian bandar.

Pada Julai 2019, Billy menemui tujuan baharu dalam hidup apabila beliau bersama empat rakannya yang lain mengasaskan Aqua Hope, iaitu sebuah pameran pertanian hidroponik dan akuaponik bandar di Semenyih, Selangor.

Mereka bermula dengan hanya 1.2 hektar daripada 8 hektar tanah yang digunakan untuk pertanian.

Penglibatannya dalam pertanian dan penyelidikan swasta selama dua dekad ternyata menanamkan dalam dirinya semangat untuk terus berkecimpung dalam dunia pertanian mapan dan lestari.

Rakan kongsi perniagaan Billy yang juga bekas rakan sekolahnya ialah peguam korporat, Steven Lee Wai Kuen; pakar sakit puan, Dr Mak Foo Sing dan usahawan Danny Kok Yin Khong.

Rakan kongsi kelima ialah pengeluar plastik Tan Yow Wah, 60.

Sebagai individu yang lumpuh sebahagian daripada badannya, Billy tidak boleh menjalankan pertanian dengan cara konvensional menggunakan tanah.

Selepas beberapa pertemuan dengan pengasas bersamanya, mereka memutuskan untuk memulakan pertanian memerlukan tanah.

"Aqua Hope, sebuah ladang bandar demonstrasi, adalah yang pertama seumpamanya menggunakan teknik tanpa tanah untuk menanam hasil organik segar yang bebas daripada racun rumpai dan racun perosak," katanya yang merupakan ikon Orang Kurang Upaya (OKU) di Karnival Kerjaya OKU Selangor.

Temui kehidupan lebih baik selepas tragedi

Photoshoot with Dr Billy Tang for urban farming use satellite for less fortuna story at USJ2 on March 30.—AZMAN GHANI/The Star

Billy menunjukkan hasil tanaman yang dituai daripada ladang dibangunkannya.

Mengimbas kembali tragedi berat yang menimpanya, Billy mengakui beliau berdepan dengan kemurungan yang cukup hebat selama tempoh enam bulan pertama.

"Ada beberapa kali, saya terfikir untuk membunuh diri kerana saya hanya mahu menamatkan rasa sedih," ujarnya

Meskipun masih melawan sakit kronik setiap hari tanpa menggunakan sebarang ubat penahan sakit, beliau kini mempunyai lebih banyak sebab untuk hidup.

“Dengan kasih sayang tanpa batas, dorongan dan sokongan isteri tercinta dan dua anak lelaki, saudara mara dan rakan-rakan, saya sudah menerima kehidupan sebagai individu lumpuh,” katanya.

Selama lebih 10 tahun, Billy turut terlibat dalam misi kemanusiaan dan kelestarian melalui industri berasaskan pertanian di Myanmar dan Filipina.

Pada awal 2015, beliau dianugerahkan doktor falsafah kehormat dalam bidang kemanusiaan, oleh Akademi Kepimpinan Antarabangsa di Oklahoma, Amerika Syarikat, dengan kerjasama Philippine Christian College Inc dan Alliance of Chaplains for Transformation Society.

Katanya: “Aqua Hope dilahirkan sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan serta latihan vokasional melibatkan OKU.

"Dengan kerjasama Universiti Negeri Luzon Tengah di Filipina, ladang itu ialah Ladang Pintar PWD bandar demonstrasi perintis merangkap komersial, yang mewujudkan pekerjaan bermakna dan membantu komuniti untuk berintegrasi dengan orang kurang upaya dan keluarga mereka.

"Pada masa depan, ladang itu juga merancang untuk menyediakan pendidikan teknikal, dengan persijilan yang diiktiraf, termasuk diploma dalam kejuruteraan pertanian."

Photoshoot with Dr Billy Tang for urban farming use satellite for less fortuna story at USJ2 on March 30.—AZMAN GHANI/The Star

PWD Smart Farmability penyelesaian keselamatan makanan yang menerapkan falsafah "makanan sebagai kaedah" dibina berdasarkan pengetahuan dan mempunyai peranan penting dalam menyokong kesihatan serta kesejahteraan.

Ladang terbabit dilapor menghasilkan 10,000 tumbuhan di rumah hijau seluas 557 meter persegi setiap bulan.

Ia mempunyai keupayaan untuk menuai 189 pokok setiap meter persegi. Ia juga membiak 250 Australian Jade Perch.

Terbaharu pada awal bulan ini, Billy yang kini berusia 58 tahun menerima pengiktirafan berprestij, Oxford Award for Lifetime Achievement in Humanitarian Impact and Global Sustainability dan ijazah kedoktoran kehormat, atas sumbangannya kepada pertanian mapan, inovasi sosial, dan pemerkasaan orang kurang upaya.

Selain Aqua Hope, Billy pada 2020 turut mula mengasaskan perniagaan sosial dikenali sebagai PWD Smart FarmAbility yang beroperasi di Subang Jaya.

PWD Smart Farmability memperjuangkan pertanian regeneratif, iaitu penyelesaian keselamatan makanan yang menerapkan falsafah "makanan sebagai kaedah" dibina berdasarkan pengetahuan dan mempunyai peranan penting dalam menyokong kesihatan serta kesejahteraan. — The Star/MAJORIE CHIEW

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram