Tun M bertindak secara sebelah pihak, kata 3 bekas menteri Kabinet 2018 termasuk Wan Azizah


  • Primer
  • Khamis, 12 Dis 2024

Pada Selasa, Dr Mahathir berkata, keputusan untuk tidak meneruskan tuntutan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh dibuat dengan persetujuan penuh Kabinet pada 2018.

TUN Dr Mahathir Mohamad didakwa bertindak secara unilateral dalam isu kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, menurut tiga bekas menteri berada dalam Kabinet pada 2018.

Dalam satu kenyataan bersama, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan ketika itu, Anthony Loke berkata, Dr Mahathir memutuskan pada 21 Mei 2018 untuk tidak meneruskan tuntutan Batu Puteh dalam satu kenyataan bertulis kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri.

Mohamad kini merupakan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan manakala Loke masih memegang portfolio Pengangkutan.

BACA LAGI: Mahathir nafi buat keputusan isu Pulau Batu Puteh secara bersendirian

BACA LAGI: Hingga sekarang Anwar belum buktikan saya ada bilion ringgit — Mahathir

“Perkara itu juga (disampaikan) kepada Singapura sebelum mesyuarat Kabinet pertama pada 23 Mei 2018.

"Kabinet hanya dimaklumkan mengenai keputusan itu dua hari selepas ia dibuat dan kami...ditegaskan di sini bahawa kami hanya dimaklumkan di bawah 'perkara lain'....(Ia) bukan perbincangan untuk membuat keputusan," ujar kenyataan tersebut pada Khamis.

Oleh itu, mereka berkata, isu menyokong atau menolak perkara itu tidak timbul kerana peluang itu tidak ada apabila Dr Mahathir sudah mengeluarkan kenyataan bertulis.

“Kami berpendapat Dr Mahathir harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan itu, bukannya meletakkannya di bahu orang yang tidak terlibat.

"Kami yakin menteri Kabinet (yang lain) pada mesyuarat pada 23 Mei boleh (membuktikan) perkara ini," tambah mereka.

Pada Selasa, Dr Mahathir berkata, keputusan untuk tidak meneruskan tuntutan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh dibuat dengan persetujuan penuh Kabinet pada 2018.

Beliau menafikan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mengatakan beliau bertanggungjawab ke atas kehilangan Batu Puteh kepada Singapura.

Susulan pembentangan laporan RCI di Parlimen, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat unsur khianat didapati wujud dalam pengendalian isu kedaulatan membabitkan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. The Star/R. SEKARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram