BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang memfailkan saman terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dinasihatkan supaya tidak pergi ke luar negara memandangkan tarikh perbicaraan semakin hampir.
Perkara itu bagi memastikan prosiding dapat diteruskan seperti yang dijadualkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong.
Tuntutan itu terpaksa ditangguhkan lagi selepas Tun M dimasukkan ke hospital susulan faktor kesihatannya yang kurang baik di Institut Jantung Negara (IJN).
BACA LAGI: Mahathir nafi buat keputusan isu Pulau Batu Puteh secara bersendirian
BACA LAGI: Hingga sekarang Anwar belum buktikan saya ada bilion ringgit — Mahathir
Dr Mahathir (kiri) selaku plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan Ahmad Zahid (kanan), sebagai defendan.
Peguam Tun M, Mior Nor Haidir Suhaimi, menjelaskan kepada Mahkamah Tinggi, pakar kardiologi tidak membenarkan anak guamnya meninggalkan hospital.
Perbicaraan yang asalnya dijadualkan pada 19 Julai terpaksa ditangguhkan berikutan surat arahan yang dikeluarkan pihak hospital berkenaan.
Gan menzahirkan rasa simpati terhadap masalah kesihatan Tun M tetapi perbicaraan tetap perlu diteruskan.
Peguam bela, Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman turut melahirkan rasa simpati terhadap keadaan Tun M dan mencadangkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dipanggil untuk memberi keterangan sekiranya bekas perrdana menteri itu tidak dapat menghadiri perbicaraan yang dijadualkan semula.
Kes itu telah ditangguhkan dua kali sebelum ini iaitu pada November 2023 kerana pertukaran ketua hakim, dan sekali lagi pada Februari tahun ini atas faktor kesihatan Tun M.
Pada 20 Julai lalu, Tun M, 99, memfailkan saman terhadap Ahmad Zahid, 70, kerana mempersoal asal usulnya dalam Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram