
SEORANG lelaki warga China dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, Kuala Lumpur ditemui orang awam Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, pihaknya menerima laporan Xu Baolin, 84, ditemukan dalam keadaan selamat oleh orang awam pada lewat petang selepas dilaporkan hilang pada Ahad.
"Warga emas tersebut mengalami kesan luka ringan di muka dan dihantar ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan.
"Kami masih menunggu mangsa dalam keadaan stabil untuk mengambil kenyataan.
"Punca sebenar kehilangan warga emas tersebut masih lagi dalam siasatan," katanya pada Khamis.
Terdahulu, media melaporkan Xu Baolin tinggal di sebuah kediaman di Jalan Kia Peng untuk bercuti.
Menurut Sulizmie, warga emas tersebut walaupun warga emas tersebut tidak menghidap Alzheimer tetapi dia mengalami masalah pendengaran.
"Dia dijadualkan pulang ke China bersama keluarganya pada 17 Disember," katanya.
Beliau turut menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi polis Dang Wangi di talian 03-26002264, bilik gerakan di 03-2600 2222 atau balai polis berhampiran. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram