
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis atas 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkam bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik semua rayuan terhadap kes berkenaan.
"Setelah AGC menarik balik rayuan-rayuan terhadap responden, dengan ini mahkamah membatalkan rayuan,” kata Hakim Che Ruzima pada Khamis. — The Star/ NURBAITI HAMDAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
MENYUSUL...