Selangor tingkat usaha tanam lebih banyak pokok, capai sasaran 11 juta menjelang 2026


  • Primer
  • Ahad, 08 Sep 2024

Jamaliah menyiram anak pokok yang baru ditanam bersama Zahari (dua dari kiri) dan Azhar (kanan) di Taman Eko Rimba Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor.

SELANGOR sedang meningkatkan usaha untuk mencapai sasaran menanam 11 juta pokok di negeri ini menjelang 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, setakat ini sebanyak 1.62 juta pokok berjaya ditanam.

“Kami menggalakkan agensi kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan, dan sektor korporat untuk terlibat sama.

“Kami mungkin juga akan mengkaji semula strategi kami untuk memastikan sasaran tercapai,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis penutupan ekspedisi saintifik Gunung Nuang di Taman Eko Rimba Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Dilancarkan pada Mei 2022, kempen penanaman pokok itu selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, untuk supaya negeri berkenaan menanam tidak kurang daripada 11 juta pokok menjelang 2026.

Dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2024, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak RM400,000 diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

Namun, Jamaliah berkata, terdapat cabaran untuk melaksanakan langkah tersebut dengan mengambil kira kepadatan kawasan bandar yang tinggi di Selangor.

Jamaliah said the grants will not only aid urban farmers in growing produce but it will also benefit their physical and mental health. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri, Jamaliah Jamaluddin.

Menurutnya, kekangan ruang menjadi isu disebabkan pembangunan pesat berlaku.

Namun, ujar beliau, Selangor komited untuk mengekalkan 30 peratus daripada kawasan berhutannya sebagai hutan simpan.

“Pada masa ini, negeri ini mempunyai kira-kira 251,000 hektar hutan simpan, yang merangkumi 31.7% daripada jumlah kawasan berhutan di Selangor.

“Ini meningkat sebanyak 209 hektar berbanding tahun lalu,” katanya, sambil menambah empat kawasan dikenal pasti sebagai tapak bernilai pemuliharaan tinggi.

Pada majlis tersebut, Jamaliah turut menyertai program menanam 50 anak benih dipterokap berhampiran pintu masuk taman.

(PIC FOR BERNARD SEE)//PIC FROM LIM SIEW KHIM SOCIAL MEDIA//

Jamaliah berkata, kepadatan kawasan bandar yang tinggi di Selangor menjadi antara cabaran dalam melaksanakan langkah menanam pokok lebih banyak di negeri tersebut. — Gambar hiasan

Setiausaha Agung Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Zahari Ibrahim berkata, kira-kira 95.6 juta pokok ditanam di seluruh negara sejak 2021.

Negara dijangka mencapai matlamat menanam 100 juta pokok menjelang akhir tahun ini, tambahnya.

Dilancarkan pada 2021, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 yang bertujuan memastikan 50 peratus daripada kawasan daratan negara diliputi hutan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Azhar Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Mokhzani Mohamed, dan Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia. — The Star/FARID WAHAB