Penduduk Damansara resah, jalan ditutup gara-gara ‘pothole’ sehingga ganggu lalu lintas


  • Massa
  • Khamis, 07 Nov 2024

Jalan berlubang itu menjadi semakin teruk meskipun terdapat usaha menampal jalan dan mengimpal paip di bawah tanah.

PENDUDUK sekitar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor meluahkan kekecewaan mereka atas penutupan Jalan PJU8/2 berikutan timbulnya isu jalan berlubang (pothole) sepanjang kira-kira satu meter.

Abdul Rahman Samsudin yang tinggal berhampiran berkata, jalan itu sememangnya sering digunakan orang ramai dan penutupannya menyukarkan penunggang motosikal dan orang ramai.

"Kami terpaksa menggunakan laluan alternatif sejak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menutup jalan itu tiga minggu lalu. Kira-kira setahun lalu, lubang itu tidaklah begitu besar.

BACA LAGI: Cara bayar sewa tapak pasar menyusahkan, MBPJ digesa kaji semula sistem

BACA LAGI: Pengunjung terpaksa ‘berpeluh’ menapak jauh, MBPJ peruntuk hampir RM1 juta naik taraf Urban Park 1

"Tetapi, disebabkan jalan itu kerap digunakan, lubang tersebut mula membesar sehingga menyebabkan paip bawah tanah retak dan air pun bocor. Lama kelamaan, panjang lubang itu menjadi kira-kira semeter," katanya yang tinggal di Damansara Perdana selama empat tahun.

Dia juga berharap pihak MBPJ dapat menyelesaikan isu jalan berlubang itu segera sebelum ia menjadi lebih teruk," katanya.

A pothole in the middle of the road has now turned into a dangerous one meter water puddle and resulted in a road closure at Damansara Perdana causing nuisance to residents.— GLENN GUAN/The Star

Penutupan jalan berlubang itu menyukarkan pengguna jalan raya.

"Saya pernah nampak kontraktor menampal lubang jalan sebanyak beberapa kali sebelum ini, tetapi ia tidak membawa kesan. Apabila paip pecah, mereka perlu melakukan kerja-kerja mengimpal dengan menggali lubang di jalan raya, namun masalah masih berulang.

"Ini cukup berbahaya kepada orang ramai, terutamanya penunggang motosikal ketika waktu hujan. Ada kawasan meletakkan kereta di kedua-dua belah bahu jalan, tetapi tidak boleh memarkir kerana ada lubang," katanya.

G. Guan yang sudah mendiami kawasan itu untuk beberapa tahun berkata, penduduk juga risau dengan kemungkinan lubang benam sekiranya masalah itu tidak diatasi segera.

Menurutnya, lubang bersaiz besar sukar kelihatan apabila ia dipenuhi air berikutan hujan lebat.

Jalan itu digunakan dengan kerap oleh orang ramai, terutamanya penduduk di pangsapuri Ritze Perdana dan Pusat Perniagaan Perdana.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengarahkan jurutera MBPJ untuk menyelesaikan isu tersebut segera sementara Air Selangor masih belum memberikan sebarang respons setakat ini. — The Star/SHEILA SRI PRIYA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram